Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • mirhans 7:25 am on March 28, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Wanita tukar jantina hamil 

    LONDON: Seorang lelaki Amerika Syarikat, yang dulunya wanita sebelum menjalani pembedahan menukar jantina, mencetuskan kejutan selepas mendakwa hamil lima bulan dengan bayi perempuan.
    Laporan akhbar Guardian menyebut, Thomas Beatie, 34, dari Oregon, mengirim gambar dan artikel ke laman web majalah gay Amerika, The Advocate, menerangkan kegembiraannya menjadi lelaki hamil.
    Beatie dilahirkan sebagai Tracy Lagondino, yang tinggal di Hawaii, yang menyaksikan dia menjadi aktivis hak gay terkenal, yang berkempen menghentikan jenayah benci dan memberikan pasangan sama jenis hak untuk mengambil anak angkat. Selepas jatuh cinta dengan isterinya, Nancy Roberts, Beatie menjalani pembedahan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii melarang perkahwinan sama jenis.
    Pasangan berkenaan berpindah ke sebuah bandar di Oregon dan berusaha memulakan keluarga selepas 10 tahun bersama tetapi Roberts, 45, menjalani pembedahan membuang rahim berikutan masalah kesihatan 20 tahun lalu.
    Beatie, yang turut melakukan pembedahan pembinaan semula dada dan mengambil terapi testosteron, tetapi mengekalkan organ reproduktifnya, kini sah lelaki. Dia berhenti mengambil suntikan hormon dan membolehkan putaran haidnya kembali. Katanya, dia disuburkan menggunakan sperma penderma dan bercadang meneruskan kehidupan sebagai lelaki ketika perutnya semakin membesar. – Agensi

    Sumber:Berita Harian Online 28 Mac 08

     
    • pija 5:39 am on Mac 29, 2008 Pautan Kekal | Balas

      wei!!! ko kt ner skang??? ajaib sungguh ko ni. ktorg kat lab comm skang ni..

    • iedayu 6:10 am on April 15, 2008 Pautan Kekal | Balas

      kita x tau sejauh mna kebenaran semua benda 2, tapi denagn kuasa allah benda 2 x mustahil. so jgn ssekali mencabar kuasa yang esa…

    • hafilez 7:15 am on April 15, 2008 Pautan Kekal | Balas

      pelik ak cmna dia leh pregnant…tp btl kata iedayu kuasa yg esa tiada siapa mmpu m’dugany kn!!!

    • mirhans safni 7:27 am on April 15, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Dia sebagai ibu tumpang a/bila isteri dia tak dapat mengandung. so, dia berkorban sebab terlalu sayangkan isteri dia. hmm. ada gak moral of story kat sini.

  • mirhans 7:08 am on March 28, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Aku teramat bosan sehingga menjadi seorang puitis…. 

    Aku bosan sangat ari ni, kelas memang takde..aku cuba2 buka video kisah mutaffifin..tapi tak faham sangat, yang peliknya time tengok video boleh pulak aku terlayang kejap..hampeh, buat pengetahuan korang video ni dalam bahasa arab, tu yang ngantuk. Minggu depan dah nak hantar. Jadi dalam keadaan separa sedar aku terhasilkan satu puisi (ntah bole anggap puisi ke?)…Aku bagi tajuk ‘AKU TERAMAT BOSAN’

    Biar apa orang nak kata

    Aku bebas buat apa saja

    Jangan ditanya itu dan ini

    Yang penting aku tahu

    yang mana betul yang mana salah

    Aku bosan hidup begini

    Asyik tunggu dan lihat

    Menunggu bulan jatuh keriba

    Laksana pungguk meroyan gila

    Itulah kita yang digelar manusai

    Lebih tepat rumpun yang

    Kononnya bertatasusila penuh beradat bertimpuh bersila

    tidak tahu bangun sudah terjatuh

    Sudah terhantuk baru terngadah (Lagi …)

     
    • hazri87 5:07 am on Mac 29, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Wah, panjangnya sajak, huhuhu…

    • dkmy 12:11 pm on April 1, 2008 Pautan Kekal | Balas

      wah…. ada bakat baru ni… lepas ni adalah yg gantikan a.samad said….
      apa2 pun teruskan berkrya k.ida…….chaiyo..

    • aksha 8:50 am on Jun 25, 2008 Pautan Kekal | Balas

      aku pun bosan tahap gaban ni…bosan giler

      Jgn jadi gaban dah la…:D

  • mirhans 4:25 am on March 28, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Aku dulu pun bukan baik sangat 

    Salam semua..

    Hari ni nak kongsi petua macam mana nak jadi baik sikit dari diri anda sekarang. Dulu aku tak lah baik jahat macam diri aku sekarang ni. duuluuu…lama dah 4 tahun yang lalu akulah anak paling degil, adik yang kureng ajar akal sikit banyak, cucu yang tak suka ngan atuknya, kawan yang makan kawan (ni auta je tau, saje nak sedapkan jalan cerita).

    Tapi di suatu hari yang damai, waktu petang aku rasa..aku ada dengar tazkirah dalam stesen radio swasta, dia kata bukan senang nak jadi baik ni yang penting niat dan azam.

    Hmm..lepas tu aku muhasabah diri, teringat kedurhakaan aku dengan mak bapak aku daulu2.. zaman aku masih naif, daif dan kebudak-budak-kan. Lepas tu aku berfikir semasak-masaknya berazam nak buang jauh2 perangai buruk yang tak bermanfaat lagi tidak berfaedah tersebut.

    Jadi, di sini hari ini aku ingin perturunkan petua yang aku buat cantheek dan telus punya petua. Mari sama-sama kita selusuri dan praktik-kan.

    Petua aku ada 5 fasa:

    Perangai buruk itu tidak boleh dibuang begitu saja dari tingkap, ia mesti melalui beberapa langkah.

    Pertama:Niat di hati serta azam yang kuat tak nak lakukan kejahatan lagi.

    Kedua:Bawalah ia menuruni tangga(kalau umah 2 tingkat le) sehingga melepasi beberapa ruang iaitu ruang tamu(otak dan pemikiran), ruang bilik(hati), ruang dapur (rongga2 hidung, mata, telinga, tangan dan kaki). (Lagi …)

     
    • atisuri 4:36 am on Mac 28, 2008 Pautan Kekal | Balas

      idaa…aku pn xla baik jg. cukup pd pnilaian mata2 yg mengenali diri ni. namun petua tu punya mksud tersirat yg mudah utk aku fahami. aku jg rasa ia sesuai wat aku.

    • pija 7:07 am on Mac 28, 2008 Pautan Kekal | Balas

      jahat vs degil jugak ko ni yer…aku pn same gak..start umo aku 13thun aku jrg2 dok umah (almklumlah bdak hostel)pstu aku mrantau hmpir 6thun kt cni smpai skang..so, perangai aku lain skit dr adikbradik len..kuang ajo&sosiality jg..mybe byk trpengaruh&jrg2 dok umah..pe2 kputusan aku wat sndiri2 jer..hggalah 1hari aku d torture leh kaum kerabat vs ktrunan aku..(bialh jd memory pahit&kelat). so, skang ku dh jd baik skit, insyallah pasni baik byk2…mak, ayah ampunkn dosa2 ku!!!uwaaa!!

    • mirhans safni 7:33 am on Mac 28, 2008 Pautan Kekal | Balas

      atisuri:ha..byk tersirat dan tersuratnya…tobat2 la yerk..

      pija:astgfirullah’alazim…pjg aku mengucap..nasib aku dah berubah sebelum ditoture org..

  • mirhans 10:05 am on March 27, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Sedih, gembira, kecewa 

    Salam semua…

    Hari ni aku terima 3 buah berita yang bermacam2..toing-toin-toing kepala hotak aku..

    1) Ketua program komunikasi USIM Prof. Dr. Naim Hj. Ahmad yang selama ni menjadi ayahanda kami yang sangat berdedikasi tak lagi menjadi ketua. Sedih sangat…Thanks Prof. kerana sudi menjadi pembimbing kami..you are the best.

    2) Cik Mazni dilantik menjadikan Ketua Program Komunikasi, tapi lum kompom lagi, Beliau baru dioffer dari pihak atasan, beliau lum terima tapi secara rasmi akan mengumumkan pengesahannya pada 15hb April ni. Tahniah miss..hope u will give us the fresh air..

    3) Tautan muhabbah yang dah dirancang dilangsungkan pada 18hb April ni di BATAL kan berikutan karenah birokrasi (cam tu ke spelling)…

    Walahu’alam…

     
    • arifamsyar 11:48 am on Mac 27, 2008 Pautan Kekal | Balas

      waaa…. aku pun sedih, prof tak lagi jadi kite nyer ketua program, tapi mgkin juga ada hikmahnya… kn3x? harap2 mcm tu lah…

    • atisuri 1:35 am on Mac 28, 2008 Pautan Kekal | Balas

      slm, ida. aku turut mrasa bahang ksedihannye.bak kata en.faizal, dia pun masih terkejut.tp dia pun ada berkata, cik mazni tu org komunikasi yg piorrr…nak percaya atau tidak kita tgkla nanti, camne.tp aku xleh trima bila ada org kata prof tu org bidang pendidikan sj, coz dia prnh cnduct switcher masa FESLEM dl, en.faizal pun tabik spring kat prof. masa tu. he looks like director yg sgt berpengalamn…..

  • mirhans 6:08 am on March 26, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Orang Cina tunjuk taring, belang, dendam 

    Salam semua ..

    Meh baca artikel ni, mesej ni aku terima dari seorang pensyarah aku, beliau forward melalui email. Meremang bulu roma baca, rasa cam nak bom wilayah2 orang cina pendatang ni.

    (‘,’);maaf semua, aku terpaksa delete entry ni sebab kawan2 kamcheng aku kata ‘bahaya’, bagi sapa2 yang dah baca tu kongsi2 ngan orang lain tau..maaf..

     
    • arifamsyar 10:47 am on Mac 26, 2008 Pautan Kekal | Balas

      astaghfirullahal a’ziiim…
      takut nye bace entry ko ni da, timbul kesedaran dlm diri ni, bangsa melayu perlu bersatu, supaya tak tergadai maruah, bangsa, & negara kita ni….

    • anjang1458 1:29 pm on Mac 26, 2008 Pautan Kekal | Balas

      …yang sedih nya aku duduk kat Singapore….kenyataan diatas tu memang ada betul dan sah nya . Lebeh menyakiti Penang pon nak jadi sebegitu ada kemungkinan mereka minta nak merdeka menjadi negeri jajahan mereka.
      MELAYU asik berkelahi antara sendiri apalagi mereka dengan mudah ambil kesempatan.

    • hazri87 6:22 pm on Mac 26, 2008 Pautan Kekal | Balas

      entri yang memberi kesedaran…jemput la singgah tongkangbocor.wordpress.com utk berkongsi idea dan pengalaman… Kan ke persahabatan meluaskan networking, hehehe…

    • mirhans safni 3:14 am on Mac 27, 2008 Pautan Kekal | Balas

      arifamsyar:mmg tkt sgt..
      anjang:tumpang sedih ngan awk, sabar erk..tuk org melayu yg ska gaduh tu sembelih je…
      hazri87:thanks..InsyaAllah nti sy singgah..

    • pija 3:39 am on Mac 27, 2008 Pautan Kekal | Balas

      wei!! ko wat pe 2..aku ngantuk!!

  • mirhans 10:43 am on March 25, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Mengenali lelaki melalui zodiak 

    Salam semua..

    Post yang lalu aku bagitahu rahsia wanita melalui unsur. Post ni pulak mengenai lelaki. Terima kasih bebanyak kepada penulis(Wan Mohd Muzri) aku celok ‘benda alah’ ni dari laman web beliau.. minta halal yerk..Meh kita tengok…

    Leo (24 Julai – 23 Ogos)

    Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego… (jejaka leo memang gitu).

    Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

     Virgo (24 Ogos – 23 September)

    Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.

    Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng..kuat merajuk)

    WARNING: Bilapergi dating, jgn pakai yg ter “over welming”..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.   (Lagi …)

     
    • pija 10:46 am on Mac 25, 2008 Pautan Kekal | Balas

      aku pnah meneroka hati seorang lelaki scorpio…skema semacam jer…ahaks!!

    • mirhans safni 10:56 am on Mac 25, 2008 Pautan Kekal | Balas

      ja..tak ye terokai hati manusia, terokai je hati kalajengking..haha..

    • iz85 9:47 am on Mac 27, 2008 Pautan Kekal | Balas

      betolll ker bleh pcaya zodiak ni? tapi aku kdg2 cam pcaya jgak… boleh bagi bukti tak?

    • mirhans safni 9:55 am on Mac 27, 2008 Pautan Kekal | Balas

      pis..kan da kata baca blah percaya jangan!jgn le caya sgt..

    • qdetactive 7:34 pm on April 11, 2008 Pautan Kekal | Balas

      mana ada macam tu, tekaan je ni. mana ada semua lelaki macam ni. kalau tak percaya cuba tanya aku. hahaha.

    • mirhans safni 3:18 am on April 14, 2008 Pautan Kekal | Balas

      that’s right, tekaan je ni.tak semu lelaki tapi kebanyakan lelaki.ko zodiak ape?

    • iedayu 6:06 am on April 15, 2008 Pautan Kekal | Balas

      ader yg betul ader yg salah so terpulang la nak cayer ke x…

    • BaNi MusTajaB 5:56 pm on Julai 24, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Assalamualaikum Wr.Wb.
      Salam Kenal.
      Tulisan Anda bagus.
      Kebetulan di blog saya ada tulisan seputar: Menebak Karakter Pribadi berdasarkan Bunga. Silahkan mampir.
      http://gus7.wordpress.com/2008/03/13/menebak-karakter-pribadi-berdasarkan-bunga/

      Wassalamualaikum Wr.Wb

      Wasalam..
      Salam kenal kembali..
      Ya, saya sudah kunjungi blog kamu, terima kasih pujian itu. saya sekadar blogger biasa. tiada berkepentingan menulis blog.

  • mirhans 11:38 am on March 24, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Rahsai wanita melalui kelahiran 

    Salam semua…

    Tadi aku tersesat masuk ke alam maya istimewa2u.blogspot hak milik insan mana aku pun tak tahu. Tapi content blog dia superb gila..habis riuh member2 aku time baca entries2 beliau. Contohnya ’tilikan’ mengenai personaliti melalui tarikh lahir, zodiak, hari dan macam2 lagi lah. Walahua’lam, betul ke tidak..tapi beliau ada juga sertakan pesanan berbunyi begini “baca boleh percaya 100% jangan” (something like that)..ingat tu..tapi sekurang2nya adanya blog macam ni boleh dijadikan salah satu jalan untuk mendidik amalan membaca di kalangan rakyat Malaysia, seperti yang kita tahu ‘manusia’ zaman sekarang ni (termasuk aku juga) suka baca benda yang pelik2 dan sikit punya tak berfaedah. Ni aku sertakan salah satu post..meh tengok siapa anda…

    Wanita Tanah

    Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

    *seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

    *Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

    *Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

    *Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

    *Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

    *Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. (Lagi …)

     
    • arifamsyar 6:41 am on Mac 25, 2008 Pautan Kekal | Balas

      best la ida apa yg ko tulis ni, suke aku baca, and ada jugak la ckt2 persamaan, tapi kebetulan je la tu kot, he2… ada masa singgahlah blog aku lagi…Chaiyo!

    • mirhans safni 10:54 am on Mac 25, 2008 Pautan Kekal | Balas

      thanks fa..mmg pun, entry ni tak yah caye sangat..

    • qdetactive 9:54 pm on April 15, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam ziarah, kalau masih berminat tentang rahsia-rahsia, site Q ada di laman rahsia.(sekadar ingin berkongsi)

    • izanrumaisya 9:57 am on April 17, 2008 Pautan Kekal | Balas

      assalamualaikum…dik…menarik tajuk ni…sekurang-kurangnya wanita dapat tahu tahap diri masing2 kn?.. bnr @tdk b’gntung pd dri individu itu kena @x ngan sifat diri 2…tahniah..

    • munkey 10:44 am on Julai 29, 2009 Pautan Kekal | Balas

      dari segi lahir kah apa ne?? yng saya cari dari segi zodiak

  • mirhans 8:44 am on March 22, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Asyik wat ‘projek’ tertelan gigi palsu 

    Salam semua..

    Aku nak mengumpat ni..tpi sebelum tu bagi laluan dulu tuk aku ketawa..haha..1000x ulangan..aku rasa kalau korang baca story tu sure korang ketawa sampai tergolek2..i’m pretty sure..

    Meh aku share story tu..macam ni, aku baru je belek2 news 11hb..aku terbacalah satu news ni boleh la dikategorikan sebagai ‘macam-macam’. Ada kes sepasang couple ni yang laki 19 tahun dan yang pempuan 17 tahun tengah wat projek dalam keadaan khayal, tapi tak tau lah dia orang ni pekene ‘bende’ haram mana satu.

    Dalam keadaan ingat2 syurga dunia dan pastinya neraka sebenar jadinya, dia orang wat le benda terkutuk tu..dalam ladang kelapa sawit (may be)..lepas wat ‘benda’ tu, yang pempuan baru perasan gigi palsu dia hilang, puas mencari merata tempat tak jumpa, yang sang lelaki ni wat derk je sebab still terasa blurr dan malu skit kut le.. akhirnya mungkin terasa kasih dan kasihan sang lelaki pun bagitahu yang dia tertelan gigi palsu tersebut..hahaha..terguling2 aku ketawa..kelakar gila..huhu..hihihi..kihkih..

    Dan pastinya yang membuatkan aku ketawa extra+extra+extra lagi ialah..aku terimagin budak pempuan tu balik umah dengan takde gigi, mesti mak ayah dia tertanye2 kan?, dan aku rasa sementara menunggu pasangan dia mencerna gigi tu, mesti dia orang tak kuar lagi, sebab pastinya gigi dia tak de..kuikui…kuikui..

    Dahle korang jangan asyik gelakkan orang je, tak baik tau..tapi Allah itu MAHA KUASA Dia tunjukkan juga kekuasan dia serta-merta supaya budak dua ekor tu sedar. Itu baru tertelan gigi kalau dipanah petir? Nauzubillah…Tak taulah pula kalau lepas ni dia orang tak sedar juga. wallahua’alam..

    Wassalam

     
    • pija 9:22 am on Mac 22, 2008 Pautan Kekal | Balas

      aku pnah gak dulu…aku jatuh longkang sbb trserempak ngan pakwe cun..kjadian 2 blaku 6tahun yg lalu…hahahaha

    • atisuri 11:31 am on Mac 24, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam da….klako la aku bace citer ni. geli ati pn ade. tp, msti mlampau2 cara dyorg wat bende xsnonoh tu, kan.tul cakap ko, dyorg ber2 dah kira beruntung coz awl2 lg dh dpt balasan. kalo xsedo2 lg xtau le aku….

    • mirhans safni 11:47 am on Mac 24, 2008 Pautan Kekal | Balas

      fizazukie:lebih baik jatuh bab tengok lelaki hansem, ada relevennya..tapi jangan jatuh sebab tengok lelaki x hansem..hahha

      atisuri:Itu lah..aku nasihat lah ngan ko dan yang lain2 wat le benda berfaedah skit..ingat dunia dan akhirat..

    • hafilez 12:24 pm on Mac 26, 2008 Pautan Kekal | Balas

      kan bek klu dia tertelan tin gam yg dia hidu tu,biar dia rasa skli tin gam tu myb lg sedap dari gam…yg pompuan tu pla,klu bleh gam mulut dia skli,biar insaf skit!!!eii…bengang tol ak baca cita sal bdk2 muda yg asyk b’cinta smpi xigt dosa n mak bapa diaorg!!!klu ak jumpa bdk 2 ekor tu ak sepak terajang skli!!!(hrp2 ak xjmpa bdk tu,xbrni pla nak sepak ank org, ank anjing pun ak takut heheheheehe…)

    • owiscbw501 9:58 am on Mac 27, 2008 Pautan Kekal | Balas

      salam,ko ni xpatut tul la dah la nak ngumpat pas2 ketawa byk2,ko xpatut nak tulis macam tu…cb la ko tulis,tuk kongsi bersama jadi beringat sebelum terkena…ha cam tu la br gua respect skit…..wassalam

    • mirhans safni 3:18 am on Mac 28, 2008 Pautan Kekal | Balas

      hafilez:aku tau ko tkt nak sepak ank anjing bab takut ngan mak anjing kan?
      owiscbw:wslm..btl gak, tp aku tak blh nk tahan gelak le so aku gelak…hahaha..klu org dah bc entry ni tp xpndi nak pikir, itu problem dia le..chow..

    • dkmy 4:25 am on Mac 28, 2008 Pautan Kekal | Balas

      lucu jg citer nie,tp tak patut la b’bdk ni bt mcm ni memalukan betul….. kn dah dapat balasannya….ape2 pun kena ambil pengajaran dr citer ni…

  • mirhans 3:49 am on March 22, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Kahwin faktor sihat, sakit 

    Salam semua..

    Ari ni baca berita harian online lagi, sal kajian saintifik mengenai tahap kesihatan seseorang berdasarkan suasana rumah tangga seseorang. Kajian ni di jalankan di oversea la, yelah saintis2 kat sana tak pernah kering idea, ade je bende dia orang nak kaji. so meh le kita tengok sape yang sihat atau tak..lets chek it out..

    Menurut para saintis ini, ikatan perkahwinan sememangnya baik untuk mengawal tekanan darah individu, dan yang mengejutkan sekali faktor ini dapat melanjutkan usia suami atau isteri tetapi dengan syarat rumah tangga yang mereka lalui itu benar-benar bahagia. Tetapi kalau rumah tangga itu tidak bahagia faktor kesihatan anda juga akan terjejas, oleh itu lebih baik lagi hidup membujang. Berita lanjut baca le erk..lepas tu kategorikan anda dipihak mana. Jadi, fikir dua, tiga kali sebelum menerima ijab kabul dan melafaz ijab kabul. Okey.. (Lagi …)

     
    • INDAH 7:42 am on Mac 22, 2008 Pautan Kekal | Balas

      wow!! indah suke artikel ni.. sesuai untuk indah dan kawan2 yang belum berkahwin huhuhu… betul lah kate orang, kalau kita kawin mesti penyakit cepat sembuh.
      apa yang pasti, kebahagiaan antara suami isteri tu yang penting, betul tak? so bg yang belum berkahwin tu perlulah persediaan yang secukupnya… bg yang dah berkahwin, fikir-fikirkan lah ye, bkn sahaja untuk kesihatan malah kebahagiaan anda juga. huh!! indah rasa tak de orang yang kawin semata2 nak hidup menderita…

    • mirhans safni 8:21 am on Mac 22, 2008 Pautan Kekal | Balas

      ha..tula..klu nak kawin pikir ulang kali tau. mmg btl kbhagian tu tuk kedua2 pihak, bkn from one side only,spa nak kwin sbb nak derit tu mst org yg ade mental disorderr..

    • ciksu 9:59 am on Mac 24, 2008 Pautan Kekal | Balas

      Salam ida, ur article is good actually. Memang betul kata orang, klu dah banyak sangat penyakit, ubat yang paling mujarab ialah kahwin. Yang kelakar, che dapat kata2 tu daripada Dr yang selalu rawat che supaya cepat2 kahwin untuk sembuh penyakit…hahaha 4 me, tunggu sampai jodoh la…

    • mirhans safni 12:55 pm on Mac 24, 2008 Pautan Kekal | Balas

      ciksu: ah..apa lagi che, kawin jelah, ape nak tunggu lagi..calon pun dah adekan?kan?

    • hafilez 6:55 am on Mac 25, 2008 Pautan Kekal | Balas

      kak, ak pun suggest akak supaya kawin cepat2 bap nak m’elakkan sakit angin kus2 puting beliung kaka tu menjadi semakin tidak terkawal.selain itu, blehlah jg m’gurangkan aktiviti sepak terajang n cubit m’cubit yg kaka slalu buat ngan ak.nati klu dah kawin nak wat ngan suami kaka pun lantaklah,heheheheheee….bah,kawin cepat ar!!!!ak risau tgk kaka ni,semakin lanjut usia sdh,heheheheheee

  • mirhans 3:28 am on March 21, 2008 Pautan Kekal | Balas  

    Macam-macam: ‘RATU UNTA’ 

    Hai..

    Tadi aku baru je baca berita harian online dalam kolum macam-macam.

    Memang macam2, pelik, lucu dan aku rasa tak bertamadun skit. Baru2 ni d Riyadh ‘pengembala2′ wat pertandingan ratu cantik, tapi bukan manusia tau..mereka2 yang tak masuk akal ni nak cari ratu d kalangan unta-unta padang pasir. Great idea..

    Antara kreteria yang perlu ada pada unta ini untuk dinobatkan sebagi ratu ialah, berleher jinjang dan bermata besar..haha..bukan tak hampeh diorang ni. Cam takde wanita2 cantik lagi kat Timur Tengah nu..ke masyarakat kat sini dah bosan tengok perempuan, ye lah yag kita semua ma’lum di arab sana pertandingan ratu cantik diharamkan?tak taule..wallahua’lam.

    Walauapapun, lepas ni maybe RATU UNTA berkenaan akan menjadi duta kepada negara mereka atau duta kepada pengeluaran daging unta maybe untuk pakaian, minyak wangi, aksesori wanita contohnya atau untuk iklan2 kat tv. Siapa tau..sebab skang ni modal2 demand skit, senang ambik unta sebagai model. Tak gitu..

    Macam2..Walahua’lam..wassalam..

     
    • dkmy 8:47 am on Mac 22, 2008 Pautan Kekal | Balas

      skg ni byk benda pelik yg dibuat oleh manusia… tak tau apa yg akan jd akan dtg…

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal