Bergadai nyawa untuk sesuap nasi

2008 April 11
by mirhans

Antara mangsa-mangsa yang sesak nafas..

BANGKOK 10 April – Lima puluh empat pendatang Myanmar, kebanyakannya perempuan, mati akibat sesak nafas dalam sebuah trak kontena di selatan Thailand ketika cubaan menyeludup mereka ke Pulau Phuket.

Jurucakap polis, Kolonel Kraithong Chanthongbai berkata, mereka yang terbunuh dan 67 yang lain cuba memasuki Thailand untuk mencari pekerjaan di pulau berkenaan.(petikan utusan onlie 110408)

Sungguh menyayat hati. Sedih sangat bila fikir nasib mereka yang meninggal dalam trak ni. Lebih-lebih lagi mereka semua ni mati dalam perjalanan nak pergi mencari rezeki, walaupun kita tahu mereka menyalahi undang-undang ciptaan manusia.

Bersyukur sangat tinggal di Malaysia. Kalau tidak mungkin aku atau saudara-saudaraku yang lain juga senasib dengan mereka. Kalau tidak aku dan keluargaku menjadi salah seorang dari 54 yang terkorban itu. Mungkin juga kawan-kawanku..oh…tidak dapat aku bayangkan dan terima kenyataan.

Semoga dalang disebalik kejadian ini menerima hukuman yang setimpal.  Walau mangsa-mangsa ini sendiri dengan real hati masuk dalam trak. Semalam baru saja aku belajar mengenai akta-akta yang berkaitan dengan kes yang macam ini. Semoga dia disabit dengan kesalahan.. aku harap sangat.Amin…

Korang:?????

wassalam…    

 

5 Respons leave one →
  1. 2008 April 12
    Nur Hakim permalink

    Kalau diaorg x mati sesak nafas…. nanti pelacur semakin ramai…

  2. 2008 April 14

    ish..xbaik tau ckp cmtu..

  3. 2008 April 15
    iedayu permalink

    kemgkinan besar mereka akan terlibat dlm kes pelacuran tapi kta x tahu ape pekerjaan sbenar yg bakal di lakukan hanya allah yg tahu…

  4. 2008 April 16
    Nur Hakim permalink

    Huh, pedas2…juga aku menelannya… Kalau diikutkan fakta sejarah… kes penyeludupan manusia khasnya kt Pulau Phuket itu adalah untuk kegiatan pelacuran… tapi kt x boleh buat kesimpulan mudahkan… Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

  5. 2008 April 16

    sori yerk..tak taula..aku dah takda idea nak membangkang, tapi aku ikut pakar sejarah.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS