Salam semua…
Aku rasa inilah tajuk entri aku yang paling panjang. Naik menyampah baca Kosmo! hari ni. ‘Bersemuka Akhirnya’ itulah bunyi headline yang terpampang jelas didada akhbar fames ni. Member aku kata tajuk ni macam musuh berjumpa musuh. Bukan dengan anak sendiri.
Betul juga kata dia. Anak sekarang macam musuh sendiri kepada ibu-bapa. Bayangkanlah, sanggup lari ikut lelaki lain kerana cinta. Sanggup lihat ibu-bapa dia sengsara menanggung beban rindu dan malu terhadap masyarakat sekeliling.
Kes mengenai Che Siti Nor Azreen, 12, yang didakwa dilarikan lelaki Indonesia ke Dusun terentum, Desa Kabar, Sakra, Indonesia atau lebih tepat mengikut lelaki tersebut kerana kuasa cinta.
Menyelusuri kisah sedih Che Ishak Che Kob bapa kepada Azreen, beliau berkata banyak perkara yang ingin dibualkan kepada anaknya tetapi pertemuan selama 10minit itu terlalu singkat, bukan itu sahaja perjumpaan tersebut juga dikawal rapi oleh polis dan kaunselor Azreen sendiri. Didakwa perjumpaan selama 10 minit dan dikawasan tertutup itu atas permintaan Azreen sendiri.
Mengikut laporan, kerana urusan birokrasi yang banyak masalah menyebabkan Che Ishak susah berjumpa dengan anak sendiri. Ini kerana mereka mendakwa prosuder tersebut melibatkan rumah perlindungan kanak-kanak di bawah pemerintah Indonesia. Nak jumpa anak sendiri banyak betul halangan. Mereka terpaksa berjumpa polis terlebih dahulu untuk meminta kebenaran berjuma Azreen. Selepas kebenaran diberikan ada syarat lagi. Che Ishak dilarang bertanya sebarang soalan atau perkara yang menyebabkan gangguan emosi kepada Azreen.
Che ishak berkata dia cuma dapat menghulurkan rendang ayam yang dikirimkan isterinya untuk Azreen dan dua pasang baju kurung kegemaran anaknya. Azreen cuma mencium tangan ayahnya sahaja. Tiada kata maaf yang dipinta. Ya Allah! kejamnya..
Aku yang tak alami semua ini pun rasa macam nak menangis bila fikir kalau aku buat ayah aku macam tu. Selama 12 tahun ayah dia jaga dia seelok-elok manusia dia hanya jumpa ayah dia selama 10 minit sahaja. Kejam!!!
Biarlah orang kata aku menjatuhkan hukuman tanpa tahu cerita disebaliknya. Tapi dari keputusan dia mengikut lelaki itu ke seberang sudah cukup membuatkan aku sakit hati.
Memang mudah menunding jari menyalahkan orang lain, bukan?
Budak yang baru berumur 12 tahun yang kebiasaanya masih bermain-main di halaman rumah, berkejar-kejaran dengan kawan-kawan dan masih menelaah pelajaran, sudah pandai membuat keputusan sebegini.
Di mana silapnya? Siapa yang salah? Apa sebabnya semua ini berlaku?
Ya Allah! Engkau ampunkanlah hamba-Mu itu..amin
Wallahua’lam..wassalam…
Salam ida, che tak sangka ada juga orang yg alert dengan situasi anak2 muda skg. Entry ni cukup memberi perhatian. Ini lah rfealitinya anak2 zaman sekarang. Kebanyakkan mereka yang tak tau utk menilai mana baik dan buruk setiap tindakan diorang. Siapa yang patut dipersalahkan. Ibu-bapa or anak2? Fikir-fikirlah.
bkan ape che, ida sakit ati sangat baca news tu.hmm..susah nak ckp siapa yang silap.
dunia makin mencabar right??? mcm2 kerenah ada.. semoga kita dijauhkan..
hai ida, gud entry..susah kita nak jangka dunia skrg, bdk2 pun dah pndai buat kptsn sendiri tanpa bimbingan dari kedua ibubapa..tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan org pasti empunya diri juga tak sampai hati berbuat demikian, susah kita nak ungkapkan sesuatu yang terjadi, lebih2 lagi bila benda tu berlaku bukan atas diri kita sendiri…sama2 lah kita doakan budak 2 kembali ke pangkal jalan dan sempat memohon maaf atas apa yang telah dilakukan terhadap kedua ibubapanya…semoga Allah memberkati budak tu…ameen…
yelah, betul anak- anak zaman sekarang, tak tahu lah ape nak jadi. tapi kak lisa doakan budak- budak kita tak jadi macam tu…tinggalkan ibu bapa kerana cinta…insyaAllah….
bukan ke kite ni anak jugak??? jadi bile balik rumah nanti mintak la maap dengan mak dan bapak kita ok.
salam,da. mgkn ada kekhilafan ats apa yg ibu atau bapa budak berkenaan lakukan. tp kalo nak dikira yg itu, dia sbg anak lg byk kekhilafan yg dilakukan terhadap ibu mahupun bapanya. namun ianya tidak sedikitpun mencemar kasih ibubapa terhadap anak itu. perkara ni, agaknya ataupun lansung tidak difikirkan oleh si anak yg tak tau di untung dan tak kenang budi tu. biarpun apa yg dilakukan oleh si anak kepada ibubapanya, ia tetap dilihat oleh Tuhan dan balasannya pula hanya Dia yg berhak menentukannya. semoga sebelum ada balasan menimpa, si anak sempat memohon kemaafan sekaligus menyesali perbuatannya itu.wassalam..