Minyak dan Makcik
Salam semua..
Kelmarin aku buat voxpox atau dalam bahasa melayunya pendapat umum mengenai kenaikan harga petrol dan diesel untuk berita radio. so, aku dan rakan-rakan mesti ambil soundbyte mereka semua.
Alhamdulillah, ramai yang bagi kerjasama, tapi kebanyakan kaum adam. Kaum hawa? entah la. Pelbagai ragam dapat kami saksikan. Ada yang langsung tidak pandang kami,ada yang cuba melarikan diri, ada yang memberi pelbagai alasan. Uhhh..letih beb nak cari orang yang boleh ditemubual.
Petang 04 jun, kecoh satu pejabat dengan pengumuman Abdullah Badawi mengenai harga minyak. Dijangka bulan Ogos, alih-alih bulan Jun. Ketua operasi radio pun turun padang. Yang lucunya ada wartawan yang interview tv..means dia ambik soundbyte Abdullah dari tv…time tu Pak Lah tengah bercakap, dan mic betul-betul dihadapanya..hihi..
Rata-rata responden yang kami temubual tidak setuju. Tapi yang peliknya ada seorang makcik yang ku kira sudah berumur dalam 50-an, dari segi personaliti pula seakan nampak kekampungan dan mula-mula nak temubual hati aku mengatakan dia tidak akan dapat beri pendapat. Sungguh aku terkejut dia berkata dia setuju dengan kenaikan harga minyak. Biarpun dia terbeban kerana dia seorang peniaga.
Dia berkata lagi dengan kenaikan harga minyak akan berkait rapat dengan semua perkara seharian. Beliau mengatakan kerajaan hari ini bijak. Ada agenda tersembunyi. Harga minyak naik, membuatkan rakyat Malaysia rajin berusaha untuk menambah pendapatan. Juga, akan menjadikan rakyat Malaysia bekerja keras.
Uhh..aku terkejut. Sebelum ini ramai orang naik angin. Tapi pelik, mak cik seorang ini begitu tenang. Baravo makcik..tabik spring aku..biarpun dah tua tapi ada vision.
Jadi mulai hari ini berusahalah untuk menambahkan pendapatan untuk peruntukan membeli minyak petrol dan diesel erk..jom kita berusaha..biar kerajaan ketawa makan hasil rakyat yang rajin.
salam…wah dah jadi wartawan upanya kawan aku ni. heheheh…baguslahhh …..aku tak sangka makcik tu gtau yang dia stuju. korang macamana? setuju ke minyak naik?
wasalam..wartawan apa?bosan.hmm..mestilah x setuju w/pn aku xda keta sendiri, tpi takut nti tambang bas pun naik..huhu..
sungguh aku pelik ngan makcik 2..ke saje nak menyindir kerajaan? pe2 pun kenaikan minyak 2 de hubungkait ngan barang2 kperluan yg lain..skang ni kat utusan de story roti canai naik 20sen. good news tuk ko..syarikat pngangkutan bas awam x dbenarkn naik tambang bas coz dah dberikan subsidi. Bravo!!
aku pn x setuju minyak naik coz mmbebankn rakyat terutama yg brpendapatn rendah. hai, mcm2 skang ni..nmpknyer ekonomi negara bakal d landa masalah…
aku pn pelik juga nga m.cik sorg ni..alhmdulillah klu tmbang bas xnaik. aku da tnya p.cik bas rapid KL dia kat maybe x naik tapi dia akn buat tambang mati, means skang ni tiket boleh gna tuk the one day, tpi lps ni tiket xblh resycle dlm sehari, naik bas jer beli tiket baru..huh..cruel tul..nasib prak sebulan je, klu x kurus kering ikt perut semata2 nk beli tiket bas..
Aku rasa dalam kepala makcik tu fikir macam ni “Ubah Gaya Hidup”… hehehe…
iyela…stylo..
jom isi keta dengan minyak gamat, mesti takde calar lepas ni keta korang. hahaha…
nti minyak gamat lagi d naik kn harga..keta x calar tapi kocek tercalar
pendapat: harga minyak naik, yg jelas terbeban adalah org2 kampung yg mana mreka tidak memperoleh ape2 subsidi kenderaan kerana kebanyakan mreka membeli kereta hand by hand tnpa ada geran. payah tu. lain pula dgn al-kisahnya dibandar yg mana mreka ada trima subsidi dan subsidi yg diterima adalah stimpal dgn kenaikan harga minyak. makcik tu berniaga. kalo berniaga kuih, lagi untung. macam di putrajaya ni, harga kuih 0.50sen sbiji.
btl tu sue..hmm..mahal sgt harga kuih tu, ‘kuihjaya’ ke??
haah..kuih yg berjaya dibt oleh org2 putrajaya…hahahahah…..
hihi…berjaya lah tu konon..