09
Jun
08

Macam-macam:Jahit mulut sendiri

Salam semua..

Berita dalam Kosmo! hari ini sungguh mengejutkan. Dua orang pelajar menjahit mulut sebagai protes kenaikan harga minyak di Jakarta.

Di Malaysia hari ini isu kenaikan harga minyak menjadi satu agenda yang hangat diperbincangakan. Walaupun majoriti rakyat tidak bersetuju tapi orang Malaysia masih waras dalam berfikir. Cuma beberapa hari yang lalu ada pergaduhan berlaku disebabkan kenaikan harga minyak. Tapi bagi saya pergaduhan itu bukan disebabkan minyak tapi mulut celupar yang tidak beralas.

Tapi di Jakarta, dua orang pelajar menjahit mulut mereka kerana memprotes kenaikan bahan ini. Masalahnya, adakah berbaloi mereka berbuat demikian. Serasa saya pihak kerajaan Indonesia tidak akan beralah kerana hal ini.

Hmm..sia-sia sahaja berbuat demikian. Tetapi kadang-kadang kita berbuat sesuatu itu untuk kepuasan diri sendiri biarpun orang lain menganggap sesuatu itu tidak bermanfaat.

Kalian semua bagaimana? Sanggupkah menjahit mulut sendiri sebagai protes kenaikan harga minyak? atau sanggupkah anda mogok lapar supaya kerajaan Malaysia menurunkan kembali harga minyak? Tidak perlu bersusah payah, menderita kerana hal ini, apa yang telah dibuat adalah keputusan muktamad kerajaan. Hushh..tidak perlu buat sesuatu yang merugikan..

Wassalam..

 


6 Respon to “Macam-macam:Jahit mulut sendiri”


  1. 1 haikazz
    Jun 9, 2008 at 3:35 am

    la,sampai cam 2 skali diorang protes..teruk tul la bdk tu..tak sakit ker??kalau nak protes pun jgn la smpai sakitkan diri sndriri.. tul tak??bagi akak la..tak dernye nak jahit mulut coz nak protes bt sakit jer.bkn diorang kisah pun hahaha

    btul tu k.za..buat sakit badan sendiri je kan..hmm..baik mulut tu d gunakan tuk makan, lagi sodap..nyum..nyum..

  2. 2 bbalqis
    Jun 9, 2008 at 4:10 am

    em, orang skrg ni sgup bt ape je semata nak tunjuk tanda protes..nk kate org sokong pun x jgk, cume kite ni kne la pandai and be pro kalau nak tunjuk perasaan sekalipun….

    untuk za, rasenye tak sakit kot die buat mcm tu..ke za nak try? kot la ade tak puas hati ngan kerajaan….heheeheee…-)
    hmm..tulah, diorang ni tak pikir semasak-masak seblm buat..

  3. Jun 9, 2008 at 10:18 am

    setuju dgn Mirhans, patutnye jahit mulut untuk orang2 yang celupar dan suke mencarut bukannye pasal minyak naik. lagi2 tgh musim mencarut dan membebel sbb minyak naik.

    setuju sesangat…q nanti ssh pula klinik n hospital2 di Mlaysia..

  4. 4 atisuri
    Jun 10, 2008 at 2:30 am

    lama2…kita akn terbiasa dgn kenaikan harga minyak ni.kalo mogok pn, ape penyudahnya. harga minyak takkan turun2 juga.diri sendiri juga yg akn lebih merana.

    a’ah..klu harga minyak naik means malaysia semakin maju..iye ker??

  5. 5 atisuri
    Jun 11, 2008 at 2:29 am

    maju skiranya pucuk pimpinan bijak n mudah menyesuaikan diri dgn keadaan. cuba tgk skarang. secara majoritinya, rakyat nampaknya mahukan kerajaan campuran yg mgkn blh membawa kpd kestabilan ekonomi.

  6. 6 atisuri
    Jun 11, 2008 at 2:33 am

    da, ni cuma pndapat dr org ramai je tau.aku pn tak tau nk kata btl ke tidak….ayt ni pn aku amik dari paper.


Tinggalkan jawapan




 

Jun 2008
A I S R K J S
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 7,405 hits

Top Clicks

  • Tiada