19
Jun
08

Kegawatan, kekacauan dan kecelaruan kaum ADAM..

Bilik air pondan di sekolah

BANGKOK: Sebuah sekolah menengah di pedalaman Thailand mewujudkan sebuah bilik baru dikenali ‘bilik air pondan’ bagi kemudahan kumpulan pelajar berkenaan di sekolah itu dan dipercayai yang pertama pernah dibina setakat ini.

Pengarah sekolah itu, Sitisak Sumontha berkata sekolah Kampang yang terletak di timur laut Thailand mengadakan satu tinjauan pada penggal terakhir persekolahan dan mendapati lebih 200 daripada 2,600 pelajar menganggap diri mereka pondan.

“Berikutan itu ketika penggal persekolahan dibuka semula Mei lalu, pihak sekolah membina sebuah bilik air khas untuk mereka yang ditanda dengan bentuk separuh lelaki dan separuh perempuan dalam warna merah dan biru.

Tiga pelajar pondan memuji langkah mewujudkan tandas berkenaan dan menyifatkan pihak sekolah mengambil tindakan tepat.(Berita Harian Online)

Ha…nilah news yang menarik perhatian aku berbanding parti SAPP Sabah hantar memorandum pengistiharan tidak percaya dengan kepimpinan Pak Lah.

Kerajaan Thailand seolah-olah memberi permision kepada rakyatnya untuk menjadi pondan. Dahlah dunia hari ini mengalami kemerosotan lelaki. Maka, nanti akan bertambahlah bilangan perempuan di dunia dan semakin berkuranganlah bilangan lelaki.

Lagi satu dah lah maknyah ‘buatan’ Thailand cantik-cantik, mengalahkan perempuan asli. Chantek…

Malaysia juga akan menerima tempiasnya. Nanti mesti banyak lagi rumah-rumah urut kat Malaysia, di mana tukang urutnya orang Thaialnd. 

Harap-harap lelaki Malaysia yang seciput ni janganlah terikut-ikut dengan budaya luar yakni menukar jantina.

Kat tempat aku praktikal ni melambak kaum jambu. Lebih lembut dari aku yang sah-sah perempuan..huhu..

Wassalam…


3 Respon to “Kegawatan, kekacauan dan kecelaruan kaum ADAM..”


  1. 1 pija
    Jun 20, 2008 at 9:03 am

    wahai sekalian kaum adam..
    jd lah lelaki yg sebenar2 lelaki..

    Zaman skang ni susah nak cari..

  2. 2 Nur Hakim
    Jun 28, 2008 at 8:47 am

    Aku adalah lelaki… hahaha.. (Lagu Anuar Zain kot… hehehe)

    Semoga yang lelaki terus menjadi lelaki, dan wanita terus begitu.. …

    Ya, tahniah anda masih kekal lelaki. Jangan pernah mengubahnya erk..:D

  3. 3 redapples
    Julai 3, 2008 at 7:27 pm

    pelik tapi benar.. kat Malaysia lain pulak kisahnya

    cerita ni tetap benar, tak pelik lagi di zaman moden ni.


Tinggalkan jawapan




 

Jun 2008
A I S R K J S
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 7,405 hits

Top Clicks

  • Tiada