17
Jul
08

Quiz, thesis, majalah..aku dan tanah perkuburan?

Salam semua…

Hari ini awal-awal pagi (seawal 8.15 pagi) lagi aku dan pelajar-pelajar lain dikejutkan dengan kuiz. Bukan salah pensyarah nak adakan kuiz. Tapi salah kami yang bergelar student sebab tak menyemak dan membaca course outline yang telah ‘dikurniakan’ di awal kuliah dahulu.

Tertera trang-tang-tang kat course outline tu Week 2…Quiz of the day, base on newspapers reporting of the week. Macam senang kan?. Tapi yang paling hampeh dan mengharubirukan hidup, dalam minggu ini aku tak beli surat khabar hatta satu pun. Apatah lagi buka online newspaper. Padahal internet server ada kat depan mata. Berita yang aku tahu dalam minggu ni hanya berita mengenai Anwar Ibrahim, pemenang Miss Universe dari Venezuela, Pegawai imegrisen yang didakwa dan Hadi Awang masuk sepital. Hanya itu beb.Memang spesis pemalas dan tak tahu menggunakan masa yang bernilai. Itulah aku.

Jadi apa yang terjadi hari ini, aku dengan kelam-kalibutnya membuka online newspaper. Pucat. Saat ini paling membecikan dan memualkan. Saat aku perlukan internet servis, masa itulah ada gangguan kelembapan servis. Aku try cari mana-mana online news ..jawapannya cannot find…huh..hangin satu kepala.

Tapi alhamdulillah, pensyarah kita orang ni ada konsis(budi bicara). Dia hanya mengeluarkan berita hari ini. Dan alhamdulillah juga kawan-kawan ramai membantu(w/pun quiz tapi cm discusion session..hihi..).

Itu peristiwa pertama berlaku. Yang keduanya, hari ini dah dikeluarkan memo mengenai projek ilmiah(thesis) kami beserta SUPERVISOR.

Alhamdulillah, aku dapat penyelia pertama yang aku isi dalam kolum pilihan penyelia teratas. 

Peristiwa ketiga.

Majalah. Semua dah selesai. Nama, tema, content, kolum, tagline. Semua dah selesai..yeh!Oppsss..belum lagi guys. Majalah keluaran pertama ni belum ada isi kandungan lagi. Tak tahulah bila akan bergerak team ni. Tunggu. Dan untuk Cik Editor, Cik Nurhafizah, semoga menjadi ketua editor yang sukses dan berdedikasi kepada anak buah ya. Support you!

Hari ini juga aku baca berita dalam Berita Harian Online dalam Macam-Macam. Mengenai seorang lelaki yang mempunyai hobi yang pelik. Beliau suka menghadiri majlis pengebumian. Mengikut laporan akhbar ni Encik Mijo Tkalcec (si Beliau kat atas) mendakwa telah menghadiri sekurang-kurangnya 2000 pengebumian. Banyak wooo. Seingatlah, aku dah berumur 23 tahun (nak masuk 24 daaa) tapi tak pernah pun pergi majlis pengebumian. Dan paling mengujakan, aku baru menapak di tanah perkuburan hanya 2 kali sahaja seumur hidupku ini. Itulah aku.

Sekian untuk hari ini.

P/S: saja je nak kongsi dengan korang. kalau nak baca, silakan. kalau bosan tinggalkan…hihihuhu..a freedom of expression kata Rocky Bru.

Wassalam


8 Respon to “Quiz, thesis, majalah..aku dan tanah perkuburan?”


  1. 1 lisaray84
    Julai 17, 2008 at 4:40 am

    awalnyer dah ada kuiz, tapi budak2 journ memang salute lah sebab terkenal dengan kuiz…korang pun teror2 semua…tuk thesis, tahniah la sebab dapat supervisor yang dikehendaki…kak lisa pun puas hati jugak dengan kak lisa nyer supervisor, esok dah nak start dah discussion….ok, best of luck tuk magazine sem ni, kalu sem lepas korang boleh buat yang newspaper, magazine plak mesti xde masalah…:-)

    tulah kak. ida pun masih berpinar2 pagi tadi. xda lah teror..semua teror, not juz journ stdnts. suka sgt dpt supervisor yg kita nak. thanks erk..bantulah kami ye…jadi la broadcast joun..nak x?

  2. 2 hafilez
    Julai 17, 2008 at 1:43 pm

    alah,kak ida n de rest walau ada test o kuiz on de spot tt maintain score kan…cam lh ak xtau dak2 jen yg ayu2 ni sume ny mantob2 belaka!!!anyway,best of luck 4 u guys!!!

    karut tul lah korang2 ni. anyway thanks la. da org doakan kta mantap tima jelah..huhu..gud luk gak tuk dak broad ye..

  3. Julai 17, 2008 at 8:42 pm

    Encik Mijo ni bagus betul la. orang kata selalulah mengingati mati, tapi kalau dah banyak macam tu sape yang mati dulu pun dia dah lupa dah. hahaha…

    tu yang tabik spring..

  4. 4 ciksu
    Julai 18, 2008 at 3:50 am

    hehe ingatkan che yang kelam kabut dengan kejutan yang tak diduga seperti ni. Memang tak ada hala tuju setelah diberitahu pagi ini ada kuiz. Pada che memang salah sendiri coz tak alert dengan course outline yang diberi oleh pensyarah yang baik hati…Ini mengajar kita untuk berjaga-jaga ek…

    a’ah che..itulah kesilapan akan mengajar kita agar lebih berhati2..keep reading news ya..

  5. 5 redapples
    Julai 18, 2008 at 8:24 am

    awalnya ada kuiz??? ada macam pop kuiz tak?? :p

    itu yang wat kita orang terkedu sebentar. takdelah pop kuiz, yg penting baca current news around the world.

  6. 6 pija
    Julai 20, 2008 at 6:46 am

    waaa…kuiz yg mnaik dan mnurunkn darah aku ari 2. slh kiter gak coz xbc cos outline.
    kpd cik editor 2, senyum2 selalu klu nak brckp. cik editor ckp klu die nerves mmg die xleh senyum2. klu senyum muke cam siput nk bersin jer. garang tol cik editor kiter tu kan??wakakaka..

    wakaka.huhu alhamdulillah selamat gak melalui hari tu kn. a’ah cik editor tu senyum2 la erk.hmm..cm tu ker muka ciput nak bersin?anyway..bes of luk miss editor.

  7. Julai 21, 2008 at 7:28 am

    mak aih…awal giler kuiz..tapi tak seawal aku hari tu..hari kedua kuliah, dah ade kuiz…

    giler…

    haha..nasib x giler ye..klu giler naya..:D

  8. 8 Nur Hakim
    Julai 23, 2008 at 8:32 am

    Sem ni aku xde kuiz, cuma amali 3, assigment rasanya tak terkira.. hehehe.. Selamat menjawab dengan Selamat..

    iye ke?hmm..kuiz ni support markah je..thanks..selamat buat assignment ya.


Tinggalkan jawapan




 

Julai 2008
A I S R K J S
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 7,405 hits

Top Clicks

  • Tiada