Archive for Januari 2008

Anatomi Seorang Sahabat

Mata

  • sentiasa melihat anda seadanya diri anda
  • sentiasa melihat yang terbaik dalam diri anda

Telinga

  • sentiasa bersedia untuk mendengar
  • betuk-betul mendengar apa yang diperkatakan oleh anda

Mulut

  • berkata benar dan jujur dalam memberikan pandangan
  • menjadi mulut anda sekiranya anda tidak mampu berkata-kata lagi

Bahu

  • akan menjadi kekuatan tatkala anda tidak mampu membawanya lagi
  • sentiasa menjadi sandaran tatkala anda dalam kesedihan

Tangan

  • sentiasa memberi pelukan tatkala anda memerlukan
  • sentiasa membuat anda berasa selesa
  • membimbing anda sekiranya anda memerlukan
  • menarik anda bangun ketika anda jatuh

Hati

  • mencintai anda tanpa syarat
  • anda sentiasa mempunyai tempat di hatinya

Kaki

  • berjalan bersama anda sepanjang hidupnya
  • menjadi sahabat yang paling baik.

Sahabat

Dalam kehidupan ini aku, kamu dan kita semua sememangnya memerlukan kehadiran seorang yang boleh mendengar cerita, berkongsi suka, duka dan segalanya yang kita harungi sendiri atau melalui pengalaman orang lain.

Pernah Rasulullah s.a.w ditanya oleh para sahabat apakah ciri2 seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w menjawab(dengna maksud), “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika man kita alpa dan lali dalam mengingatinya.”

sahabat bertanya lagi “apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?”. baginda s.a.w membalas (dengan maksud), “dia adlah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”