Dalam kehidupan ini aku, kamu dan kita semua sememangnya memerlukan kehadiran seorang yang boleh mendengar cerita, berkongsi suka, duka dan segalanya yang kita harungi sendiri atau melalui pengalaman orang lain.

Pernah Rasulullah s.a.w ditanya oleh para sahabat apakah ciri2 seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w menjawab(dengna maksud), “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika man kita alpa dan lali dalam mengingatinya.”

sahabat bertanya lagi “apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?”. baginda s.a.w membalas (dengan maksud), “dia adlah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”