Archive for Februari 2008

Life like this..

Salam semua…

Dalam kelas tutorial newswriting and feature writing aku wat dajal, buka blog ni dan isi new post. Tapi nasib baik miss g kuar meeting jap, sblum kuar miss pesan jangan nakal-nakal, continue wat newspaper…tapi aku dah tak larat nak review, redo, recheck, rekena marah and what so ever la…dah berminggu2 aku and rakan2 mengabdikan diri untuk ‘baby sulung’ kami ni.

Dalam bberapa minggu ni jugalah terjadinya banyak konflik dari pelbagi pihak…hanchus masa depan…haahha..

Bilik journalist mana????, kami menantikan kehadiranmu..

Susah sangat nak berkongsi kasih ni…lebih2 lagi untuk ‘sang bilik’ yang sememangnya tak mampu menampung jumlah pelajar yang berpuluh2 ni.

Million apologize tuk budak2 broadcast sebab kami selalu ‘bertapa’ dalam com lab dan menjadikannya hak mutlak budak journ, kami tak perasan pun. Bila terjadi salah faham baru kami terperasankannya…maaaaafffff…kawan2 tersayang.

Tapi hope janganlah jadikan perselisihan ini satu paltform untuk kita menjarakkan perhubungan kita erk..mehla kita saling bermaafan sebab kita masih saling memerlukan. aisyeh…pandailah aku berkata2..

Oklah..kita buang apa yang tidak memberi faedah kepada sesiapa dan kita ambil isi pati yang perlu untuk masa depan dan diingat sampai mati..sebab kita remaja bukan selamanya, alam kampus akan berakhir juga..jadi kita jadikan ia satu kenangan yang terindah dan jadikan ia satu kisah klasik pada masa hadapan.

Susahnya nak Belajar benda baru!!!!!

Salam Semua…

Hmmm…alhamdulillah ari ni aku dapat menghadirkan diri ke kampus..tapi ari ni aku dah semakin pulih.Semalam condition aku tak berapa baik, aku diserang sakit yang remeh dan manja (cirit birit, pening tahap nak pitam dan sakit kepala tahap nak pecah). Tapi aku percaya Allah kurniakan hambanya sesuatu itu pasti ada hikmahnya.

Dalam pada aku sakit tu ada beberapa perkara yang tidak diduga berlaku. Konflik yang terjadi dalam newspaper team..hmmm..tapi tidaklah merbahayakan kesihatan aku..hahaaaaa..tak tau lah bila nak habis cerita newspaper sem ni:p

Tapi hari ini aku tengok ok jer bebudak-bebudak ni. Takda pun masam-masam muka macam cuka atau senyum-senyum tawar air lopak. Semua ok, cam biasa je aku tengok. Berlakon ke???. Whateverrrrr…teruskan usaha kawan-kawan!!!!

Dan pada hari ini juga aku dan rakan-rakan mempelajari sesutu yang baru, pelik, susah dan leceh…iaitu membuat HTML (HyperText Markup Language).

Ya Allah! mula-mula tu macam nak give up je, tapi berkat kesabaran yang aku bina aku ikut gak Sir Faizal buat benda baru ni..biarpun menguji iman aku yang sememangnya nipis. Walaupun begitu ia tetap adventure dan interesting..

InsyaAllah kalau aku ulang buat tanpa bantuan Sir Faizal boleh kut…nanti aku try buat…

Tapi memang aku cakap betul…soooooo…difficult to explore a new thing. Lebih-lebih lagi kalau perkara itu di luar bidang kita. Tapi dalam susah-susah tu aku dapat pelajari perkara baru yang boleh aku applikasikan dalam kehidupan. Aku tahu bukan semua orang dapat pelajari benda baru ni, hanya orang yang sebertuah aku dan rakan-rakan sahaja…hihi..

Oklah sebelum aku keluar dari orbit kebenaran dan landasan-landasan yang betul, baik aku berhenti dulu. Akhirul Kalam..Allah kurniakan hambanya penyakit adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil mereka. Tapi bagi orang yang bersyukur bukan bagi mereka yang mengeluh. Manakala bagi mereka yang mengeluh hanya menambahkan dosa mereka.

Wassalam.. 

Elementery Reporting For Novice Journalist

The best way to learn how to write like a journalist is to read newspaper and copy the style. Technically, reporters look for items of:

a) CONSEQUENCES (asking HOW important is it)

b) PROXIMITY (did it happen nearby)

c) HUMAN INTEREST (is it charming, funny or odd)

d) NOVELTY (is it new and interesting to our readers)

e) PROMINANCE (did it involve someone high up in an organisation or well known to our  readers?)

f) CONFLICT (are people arguing about this)

Marah punca cedera lambat sembuh

PARIS: Bidalan bahawa ketawa adalah penawar terbaik terbukti benar dan disokong dengan kajian luar biasa yang menyebut individu pemarah mengambil masa lebih lama untuk sembuh dari kecederaan.

Kajian terdahulu mengaitkan sifat panas baran dengan kes tinggi penyakit jantung koronari, darah tinggi dan angin ahmar, terutama di kalangan lelaki.

Namun, kajian baru yang disiarkan kelmarin dalam jurnal Brain, Behaviour, Immunity, adalah uji kaji kawalan pertama yang secara langsung mengukur kesan kemarahan kepada proses penyembuhan.
Penyelidik di Universiti Ohio mengenakan kesan lecur kecil di lengan 98 sukarelawan yang kemudian dipantau selama lapan hari untuk melihat bagaimana pantasnya kulit pulih sendiri.

Setiap subjek mengambil ujian psikologi terlebih dulu untuk menilai bagaimana mudah dan kerap mereka berasa dan meluahkan kemarahan, dan kemudian disenaraikan dalam ‘skala kemarahan.’

Individu yang mengambil ubat farmaseutikal tertentu, merokok atau meminum kuantiti keterlaluan kopi banyak mengandungi kafein diketepikan, bersama-sama individu yang memiliki berat badan atau kurang berat keterlaluan. – Agensi

Sumber: Berita Harian (21 Feb 08)

Wanita lebih kuat ingatan

WASHINGTON: Wanita nyata lebih baik berbanding lelaki dalam mengingati perkara dalam keadaan tertentu.

Pakar psikologi, Agneta Herlitz dan Jenny Rehnman, di Stockholm, Sweden, mendapati wanita boleh mengatasi lelaki dalam tugasan memori berkaitan kata-kata seperti mengingati perkataan, objek, gambar atau peristiwa seharian.

Penyelidikan juga mendapati lelaki boleh mengatasi wanita dalam mengingati simbol, maklumat bukan berbentuk bahasa, dikenali sebagai proses visuospatial. Menurut mereka, hasil kajian menunjukkan seorang lelaki berkemungkinan dapat mengingati jalan keluar dari hutan berbanding wanita.
Bagaimanapun, kajian mereka juga menunjukkan wanita lebih berkemungkinan mengingati lokasi kunci kereta, yang membabitkan kedua-dua proses kata-kata dan visuospatial berbanding lelaki. – Agensi

Sumber: Berita Harian (21 Feb 08)

Ayat al-Quran jadi panduan berkempen

TEMPOH berkempen selama 13 hari yang diperuntukkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pasti akan menjadi suatu medan perang yang bakal menempa berbagai-bagai reaksi daripada kesemua parti yang bertanding. Walaupun garis panduan serta etika berkempen telah dinyatakan oleh pihak yang berwajib, budaya agresif kempen pilihan raya pastinya senang terdedah kepada suasana yang tidak sihat seperti mencaci pihak musuh, membuka keaiban dan sebagainya.

Untuk itu, pihak SPR perlu menggunakan kaedah yang lebih efektif untuk terus menjamin suasana kempen yang sihat iaitu dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran memandangkan majoriti parti-parti yang bertanding adalah penganut agama Islam.

Pendekatan ayat-ayat al-Quran sebagai medium pengimbang adalah amat berkesan kerana ia mampu menerobos terus ke benak pihak yang berkempen.

Pihak SPR disarankan agar mengangkat notis ayat-ayat al-Quran berserta dengan terjemahannya sekali di seluruh negara terutama sekali di kawasan-kawasan yang dianggap sengit persaingannya.

Di antara ayat-ayat yang dapat disarankan ialah:

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutarbalikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

– (Al-Nisa’: 135)

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

– (Al-Ma’idah: 8)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

– (Al-Hujurat: 11)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

– (Al-Isra’: 36)

Di samping menjadi peringatan kepada pihak-pihak yang berkempen, penggunaan ayat-ayat ini juga dapat menjadi bahan dakwah kepada bukan Islam tentang keadilan Islam sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran. Seterusnya membuang buruk sangka bukan Islam terhadap Islam atau ‘Islamofobia’. Selain itu, umat Islam perlu menjadi oportunis dengan menggunakan segala peluang yang ada untuk menyampaikan mesej al-Quran dan Islam sebagai suatu langkah untuk mempamerkan kesyumulan Islam kepada semua aspek hidup walaupun dalam persoalan kenegaraan dan etika berpolitik.

– PENULIS ialah pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sumber: Utusan Online (21 Feb 08)

Ikan tersenyum. Betul atau hanya Eksploitasi Teknologi?

Salam Semua…

Hari ini kita menyusuri keajaiban Allah s.a.w..tapi tidak tahu dan pasti samada perkara ini benar-benar berlaku atau hanya teknik teknologi sekarang. Wallahua’lam. Mari sama-sama kita mengkaji…


LONDON: Orang ramai berpusu-pusu mengunjungi sebuah akuarium di Hampshire bagi melihat seekor anak ikan pari (gambar) yang dikatakan tersenyum.

Akhbar Daily Telegraph turut memaparkan gambar ikan berwarna putih yang lengkap dengan sepasang mata dan bibir melakar senyuman.

Ikan pari baru berusia sebulan itu berukuran 12 sentimeter panjang.
Ia juga antara 12 ekor anak parti yang menetas menerusi program pembiakan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hants.

Anak pari itu kini ditempatkan di tangki jagaan khas dan sebaik besar, ia bakal menyertai beberapa spesies ikan lain termasuk jerung dalam tangki terbuka.

Jurucakap Blue Reef mengakui anak ikan pari berkenaan terbukti popular di kalangan pengunjung.

“Mukanya yang jelas seolah-olah mengukir senyuman itu yang menjadi tarikannya. Ada mengaitkan anak ikan itu dengan makhluk asing.

“Tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan watak The Last Human menerusi siri televisyen popular Doctor Who,” katanya.

Perairan Britain menjadi habitat kepada sekurang-kurangnya 9 jenis ikan pari termasuk jenis gergasi yang boleh membesar sehingga tiga meter. – Agensi

Sumber: Berita Harian Online (21 Feb 08)