Hai salam semua…hari ni ada cerita lagi nak kongsi. Aku dan seorang member pergi cari source nak wat feature writing untuk assignment. tapi so sad..iskisk..pergilah satu pusat kesihatan yang berdekatan, nak interview dengan doktor berkenaan. Tapi kami datang wrong time sebab doktor tengah mesyuarat so medical assistant lah yang take over. Mula-mula memang dah minta kebenaran nak interview, ‘dia’ kata tunggu sekejap, kami pun tunggu lah.  Few minute after that dia kata dia tak berani nak wat apa-apa kenyataan. opsss..soryy,lupa nak bagitau kami nak interview beliau about fast food je. tapi dia takut kena saman pula….Ya Allah! sapa nak saman kalau benda tu betul, bukan nak buruk-burukkan mana-mana pihak atau nak wat fitnah. lepas tu aku pun terfikir ini baru assignment tuk diri sendiri belum lagi kalau betul-betul involve dalam bidang kewartawanan ni. macam mana field ini akan maju kalau masyarakat kita sendiri tak nak bagi kerjasama.

Isu ni berfaedah untuk masyarakat bukan saja-saja nak buat publisiti, baru-baru ni banyak berita mengatakan budak-budak yang nak meningkat besar ni mengalami obesiti yang teruk. bukan nak blame fast food saja, sal video game juga kami akan selitkan. hemm… tak tau lah.

harap-harap masyarakat kat luar sana pandailah mengimbangkan kehidupan seharian ye..

bersenam lah untuk kebaikan diri sendiri, makan makanan yang bernutrisi seimbang.

tak semestinya kita bersenam tu nak joging, angkat berat, atau yang perlu ambil masa yang lama just solat 5 waktu sehari pun sudah memadai. disamping itu puasa sunat juga salah satu cara mengawal sistem pemakanan kita. selamat mencuba guys….

wssalam