Bergambar bersam team Utusan dan Kosmo

Salam semua…alahamdulillah, ari ni dapat isi ruang blog ni.beberapa hari yang lalu sibuk sangat sampai takda masa nak masuk alam maya ni.

Pada 05 februari yang lalu, aku dan 3 orang member pergi melawat Utusan dan Kosmo office, cawangan Seremban. kitorang kena complete kan assignment mengenai kehidupan seorang wartawan. Alhamdulillah kunjungan kami diterima baik oleh team kosmo dan Utusan(termasuk lah reporters and editor nye). Seronok sangat lalui satu hari bersama the real reporter.

Kami bertolak dari Nilai pada jam 7.30 pagi. sebab wartawan ada task kena buat pada jam 9.30 pagi. jadi, kami mesti datang sebelum pukul 9.30. Excited sangat nak ikut wartawan(iye kut) kami sampai terlalu awal, kul 9 dah sampai. orang first kami jumpa adalah En. Ainol Amriz, ketua editor merangkap ketua biro bagi cawangan seremban.

Kami sungguh terkejut sebab kami dibahagikan kepada setiap seorang wartawan. Sebab plan kami seorang wartawan 2 orang student. tetapi En. Ainol kata hari ini banyak story nak cover jadi kalau bahagikan senang. ada 4 story yang kena cover antaranya Press conference(pc) di rumah Orang Tua-tua, Seri Kenangan, Pc untuk kes pembunuhan, pc dengan Menteri besar dan serbuan di pasar besar seremban sempena raya China ni. so aku orang paling bertuah ikut wartawan pertama yang pc mula jam 9.30 pagi di rumah orang-orang tua…haha..bermula la my journey bersama seorang reporter dan seorang jurugambar. kelakar aku ingat nak interview orang tua, so aku rasa story ni adventure, tapi rupanya hanya cover story bersempena penyampaian sumbangan dari NGO untuk rumah ni je. Taklah boring sangat…

Nak jadikan cerita aku adalah orang pertama keluar cari berita dan aku jugalah orang pertama balik office. Masa pc tu aku tak ambik perhatian pun, aku sibuk layan makcik2, sembang dengan diorang. masa balik tu wartawan terus masuk bilik editor, dan beberapa minit kemudian dia keluar. aku tak tahu dia buat apa, dan beberapa minit kemudian editor keluar. dia panggil aku. Nak tahu dia suruh aku buat apa? dia suruh aku buat breifing sikit pasal pc yang aku attend. alamak aku tak bagi attention pun masa pc tu. habis la aku. rupa-rupanya kata wartawan tu memang macam tu, lepas keluar cover news reporters must report little bit about the news to editor…haha sampai mati aku tak tahu. wartawan yang aku ikut pun dia tak suruh aku prepare apa yang patut. habis aku kena dengan editor tu, tapi nasib aku ada dengar sedikit dan perhatikan perjalanan majlis tu.

berpeluh-peluh juga aku masa breifing tu. budak-budak lain masa tu belum keluar lagi cover news kecuali seorang.

tapi hari tu memang sungguh bermakna lah untuk kami berempat. Aku ingat itu jelah cabaran yang harus aku hadapi rupanya ada lagi, lepas breifing wartawan bagi aku recorder dan earphone. aku pelik. tanya lah nak buat apa? dia  suruh aku buat ‘trankripsi'(kalau aku tak silap) yang bermakna mesti taip atau ringkaskan dan cari isi penting atau newsworthy yang ada dalam story tu. seumur hidup tak pernah aku buat. kebiasaanya kalau akau interview atau cari berita masa dalam kampus aku hanya write down bukan record, aku memang tak suka. tapi hari ini aku ‘dipakasa’ buat. jadi terpaksalah aku buat dalam rela…takut dengan editor..hihi..

Yang bestnya wartawan yang aku ikut tu tumpang sekaki buli aku. dia kata salin bulat-bulat apa yang direcord. Aku pun buatlah, dan ada seorang wartawan lain kata hanya keluarkan isi penting je.Hmm..tak apa lah sekurang-kurangnya aku ada pengalaman dalam hal ini. member yang lain tak kena.

dan pada jam 12.30 aku keluar untuk kedua kalinya nak cover news di Majlis perbandaran Seremban. Pc kali ni formal sikit sebab bersama Yang Dipertua Majlis, so pc diadakan di formal room. balik je dari pc editor order to me to create a news. haha…aku bubuh lah apa yang patut dalam news tu. bila editor baca banyak sangat komen dia, dia suruh buat balik, bila suruh wartawan baca dia gelakkan aku..isk..isk sedihnya. akhirnya story aku TIDAK diterima.

Hmmm…sedih memang sedih tapi pengalaman itu lebih pentingkan?aku ingat profesor aku kata “orang yang hidupnya tidak pernah dikritik orang itu tidak pernah dewasa”. Dan pada hari itulah aku tahu macam mana kehidupan sebenar seorang wartawan.

Millions of thanks to Team Utusan dan Kosmo cawangan Seremban, jasa anda semua tidak akan kami lupa. dan tidak lupa untuk limau mandarin yang anda bekalkan sepanjang perjalanan pulang kami ke Nilai…hahaha…Happy Chinese New Year…