Salam Semua…

Hari ini Menyempatkan diri masuk alam maya ni, semalam aku dan team duduk dalam newsroom nak pilih berita-berita yang kami dah buat. Lepas pilih kami perlu edit dan masukkan dalam newspaper USIMTODAY. Memang kalut betul dengan 33 suara dan pendapat. Cik editor pun tak tau nak cakap apa.

Tapi sebelum ini berita-berita kami sudah diedit oleh pensyarah.

Kesian beliau terpaksa peningkan kepala chek berita kami. Sedih memang sedih sebab expectation beliau dengan kami lebih tinggi daripada apa yang kami hasilkan.

Al-maklumlah kami kan budak baru belajar. tidak sampai setahun kami belajar menulis berita. Seingat aku secara peribadi aku baru tulis berita dalam 8 buah sahaja. Masih tidak mencukupi untuk dibentuk dan masih inginkan kritikan yang lebih dari biasa..hahaha…

Tapi apapun jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan.

‘Serugi-rugi manusia apabila dia dikritk dia tidak mengubah dirinya kepada yang lebih baik’