Antara kesalahan dalam penulisan berita yang selalu aku dan mungkin orang lain lakukan:

1) Penggunaan bahasa yang terlalu puitis(berita formal, lainlah kalau buat feature writing)

2) Peggunaan perkataan seperti di….dalam, di…sana, di…sini. Kalau tempat atau nama khas mesti di….jarakkan(ni masalah fail dalam BM subject le)

3) Aku selalu tak aware mengenai umur yang source aku interview.

4) Selalu menggunakan nama khas atau pangkat untuk orang biasa seperti EN. POLAN, PN. POLAN. (sebenarnya tak perlu kalau source itu orang biasa, lain lah orng yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam goverment).

5) Selalu tak perasaan atau mata tak ‘PEKA’ wrong spelling.

6) Dalam prinsip penulisan berita dari no 0 until 9 mesti dieja, dan dari no 10 dan seterusnya tak perlu dieja tetapi menggunakan digit(ni lah yang selalu aku buat)

7) Yang paling penting berita mesti mempunyai source yang mencukupi dari semua aspek.