berganbar bersama penari GATARANA dari Indonesia, masa buat persembahan di ASWARA 

Salam semua..

Semalam aku pergi menghadiri ceramah bertajuk ‘Siapa Dihatiku’. ahli panel majlis tu memang best. mereka terdiri daripada Ust. Fauzi Mustaffa(Program al-kuliyyah tv3 ), ustzh. Nik Salidah(Juri tuk Program Mencari Menantu tv9 dan seorang pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan moderetor oleh Hariri Daud yang tidak asing lagi di USIM.

Topik ni memang menarik sehinggakan Stadium Tertutup Nilai penuh dengan pelajar2. Tujuan aku hadir pergi majlis ni sebenarnya bukan untuk dengar ceramah tapi nak cover news di tapak expo ICEPs program yang pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat anjurkan, salah satu projek final mereka. Di samping tu nak round gerai2 kat situ, memang ‘rabun mata’ tengok barang yang dijual (sedih, byk baju ladies cantik2 tapi tak ada saiz tuk aku..huarhuar..)

Balik pada ceramah tu, sepanjang sesi ceramah tu semua penonton tak kering gusi,  lebih-lebih lagi bila turn ust. Fauzi. beliau memang seorang yang kelakar..bila isu cinta kampus merangkumi cinta remaja dibincang memang gamat satu stadium dengan gelak tawa penonton termasuk akulah, sampai naik sakit dada aku(mula2 tu control ketawa..pastu habis tersembur).

Antara isi kandungan majlis tu Cinta Remaja selalu berdasarkan sentuhan, kehebatan pasangan dan rupa paras. Itu memang aku akui…lagi yang paling penting cinta remaja cinta monyet. sebab zaman sekarang ramai remaja nampak je pasangan masing-masing terus sentuh. Macam perilaku seekor monyet, nampak je benda terus pegang dan hidu..hahah..masa nilah ketawa aku tak boleh dibendung. Nasib aku belum bercinta..maknanya aku bukan bercinta dengan monyet..

Tapi yang paling penting, bukan sahaja Islam melarang ‘aktiviti’ persentuhan kepada pasangan kekasih tapi dalam undang-undang sivil juga ada termaktub…yang dinamakan ‘TRESS PASS PERSON'(if i’m not mistake)maaaf…

Tapi alhamdulillah, dapat juga ilmu malam tu. Overall memang menarik sangat majlis tu…tahniah kepada pihak penganjur kerana pemilihan ahli panel yang sesuai.

Malamnya sebelum aku tidur terus persoalan itu masih berlegar dan segar dalam minda ‘siapakah jejaka yang berada dihatiku?’hahaha….no answer….tut..tuttt..

Wallahua’lam….