“Bagi saya, perkara paling luar biasa berkaitan al-Quran ialah betapa progresifnya kitab ini. Saya menulis dengan penuh rendah diri, sebagai seorang penganut agama lain. Sebagai orang luar, al-Quran saya anggap sebagai sebuah kitab yang membawa pembaharuan, cuba mengembalikan Judaisme dan Kristianiti ke asalnya, sebagaimana yang cuba dilakukan oleh para reformis kepada gereja Kristian berabad kemudian. Al-Quran bersifat inklusif. Ia menyanjungi sains serta ilmu pengetahuan, dan membenci perkara karut-marut.”
Ini ialah pandangan Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang disiarkan jurnal Foreign Affairs keluaran Januari/Februari lalu dalam artikelnya, A Battle For Global Value.
Itu pandangan daripada orang Kristian. bagi anda orang yang sememangnya Islam bagaimana? Tak perlu bandingkan diri kita dengan orang lain, kita buat apa yang kita patut buat. Nabi Muhammad dari zamannya sudah bersabda, Al-quran adalah rujukan kepada umat Islam. Nescaya sesiapa yang mengambil al-quran sebagai panduan, InsyaAllah hidupnya akan dipandu ke Siratul Mustaqim….Amin.

Sumber:Utusan Online