Salam semua…

Hari ini cuba-cuba baca akhbar mengenai politik dalam negara kita sendiri juga luar negara. Sudah berapa detik, hari dan minggu boleh dikatakan dada-dada akhbar kita dipenuhi dengan isu politik. Dari isu tarikh parlimen dibubarkan, sehinggalah parlimen diumumkan bubar, siapa calon pilihan raya, tambang free bagi rakyat Kelantan yang bekerja di KL balik mengundi ke kampung halaman dan sehinggalah perbalahan isu-isu yang bertujuan menarik penyokong. 

Selama ini aku cuba juga mengelak membaca apa-apa berita pun berkaitan politik tapi hari ini aku terpaksa juga membelek-beleknya demi kepentingan diri sendiri.

Tapi semakin aku baca dan selusuri berita ni semakin menarik, lebih-lebih lagi mengenai perbalahan antara orang dari parti pembangkang dan kerajaan. Kelakar juga ada ini kerana mereka ini boleh dikatakan antara orang yang profesional tapi boleh pula berbalah dihadapan rakyat semata-mata nak memenagi kerusi. Kan lebih elok gunakan pendekatan yang lebih harmoni agar rakyat yang mengundi tidak perlu berbelah bagi dan terpaksa.

Pemimpin sendiri yang sepatutnya memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Bukan saling berbidas dihadapan rakayat dan memberi janji-janji kosong yang melampau.

Sebenarnya memegang jawatan sebagi pemimpin ini sungguh berat. Bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat sana nanti. Malah tanggungjawab pengundi juga berat. Tersalah pilih pemimpin maka habislah tangkuk pemerintahan negara. Seperti mentimun di tangan kiri anda dan pisau di tangan kanan anda…anda yang pilih…