Salam Semua…

BERLIAN sejak dulu hingga kini terus menjadi teman baik buat wanita. Kilauan berlian yang indah dan mempesona tatkala membaluti tubuh, membuatkan wanita berasa dirinya istimewa serta dihargai.

Lantaran itu, wanita sentiasa memasang impian untuk memiliki setidak-tidaknya sebentuk cincin berlian bagi menghiasi jari-jemari dalam melengkapkan kesempurnaan diri, selain meluahkan keperibadian gaya yang mewah dan bercita rasa tinggi.

Lebih bermakna lagi, andai cincin yang tersarung di jari merupakan pemberian insan tersayang sebagai tanda keluhuran cinta sejati yang dikongsi dua hati.

Mengambil inspirasi kemesraan kasih sayang dan cinta antara dua sejoli, Lazare Diamonds mengetengahkan rekaan cincin terkininya yang menggabungkan gaya dan fesyen dalam satu reka bentuk menarik serta memikat hati.

Setiap cincin dalam koleksi tersebut direka dengan bentuk yang unik menggambarkan percintaan yang cukup mempesona, selain kepakaran perekanya menggabungkan kebijaksanaan, kilauan dan keghairahan dalam sebentuk cincin berlian.

Koleksi yang terdiri daripada tiga bentuk cincin berlainan bentuk dan rekaan itu, dicipta dalam memberikan keselesaan selain kelembutan gaya yang mempesona dan indah.

Wanita boleh memilih antara rekaan bulat dengan dua lapisan berlian mengelilinginya untuk menggambarkan kesyahduan cinta sejati atau sentuhan lebih feminin dengan reka bentuk hati yang menonjolkan ketulenan cinta antara dua kekasih.

Kalau tidakpun, pilihan ketiga yang lebih segar dan kreatif dengan ikatan kasih dua hati bagi menggambarkan betapa dalamnya cinta pasangan kekasih dan ia juga mampu menyerlahkan gaya si pemakai terutama pada hari-hari istimewa.

Sumber: Utusan Online