Salam Semua…

Hari ini kita menyusuri keajaiban Allah s.a.w..tapi tidak tahu dan pasti samada perkara ini benar-benar berlaku atau hanya teknik teknologi sekarang. Wallahua’lam. Mari sama-sama kita mengkaji…


LONDON: Orang ramai berpusu-pusu mengunjungi sebuah akuarium di Hampshire bagi melihat seekor anak ikan pari (gambar) yang dikatakan tersenyum.

Akhbar Daily Telegraph turut memaparkan gambar ikan berwarna putih yang lengkap dengan sepasang mata dan bibir melakar senyuman.

Ikan pari baru berusia sebulan itu berukuran 12 sentimeter panjang.
Ia juga antara 12 ekor anak parti yang menetas menerusi program pembiakan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hants.

Anak pari itu kini ditempatkan di tangki jagaan khas dan sebaik besar, ia bakal menyertai beberapa spesies ikan lain termasuk jerung dalam tangki terbuka.

Jurucakap Blue Reef mengakui anak ikan pari berkenaan terbukti popular di kalangan pengunjung.

“Mukanya yang jelas seolah-olah mengukir senyuman itu yang menjadi tarikannya. Ada mengaitkan anak ikan itu dengan makhluk asing.

“Tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan watak The Last Human menerusi siri televisyen popular Doctor Who,” katanya.

Perairan Britain menjadi habitat kepada sekurang-kurangnya 9 jenis ikan pari termasuk jenis gergasi yang boleh membesar sehingga tiga meter. – Agensi

Sumber: Berita Harian Online (21 Feb 08)