WASHINGTON: Wanita nyata lebih baik berbanding lelaki dalam mengingati perkara dalam keadaan tertentu.

Pakar psikologi, Agneta Herlitz dan Jenny Rehnman, di Stockholm, Sweden, mendapati wanita boleh mengatasi lelaki dalam tugasan memori berkaitan kata-kata seperti mengingati perkataan, objek, gambar atau peristiwa seharian.

Penyelidikan juga mendapati lelaki boleh mengatasi wanita dalam mengingati simbol, maklumat bukan berbentuk bahasa, dikenali sebagai proses visuospatial. Menurut mereka, hasil kajian menunjukkan seorang lelaki berkemungkinan dapat mengingati jalan keluar dari hutan berbanding wanita.
Bagaimanapun, kajian mereka juga menunjukkan wanita lebih berkemungkinan mengingati lokasi kunci kereta, yang membabitkan kedua-dua proses kata-kata dan visuospatial berbanding lelaki. – Agensi

Sumber: Berita Harian (21 Feb 08)