Salam semua..

Kepada pen’gomen’ blog aku cita pasal Perempuan Lebih Kuat Ingatan, entries yang aku copy dari newspaper online tu memang betul. Orang Barat dah wat research..so fakta tu bleh dipercayai..ye tuan dan puan2.

Bukan bermakna aku ni dari golongan hawa aku nak sokong, tapi hakikatnya memang betul pun. Ni hah contoh yang aku boleh bagi according my father and brothers story and experiences.

1) Dulu time kecik2 hatta hingga sekarang ni mak aku selalu pesan ngan bapa aku beli barang kat kedai on the way balik keja. Time kat umah bapa aku angguk2 tanda ingat bebenor, mak aku kata nak list dalam paper ke, beliau kata tak payah..leceh..tapi kang balik umah ngan tangan kosong. Beliau kata lupa apa yang mak aku pesan..dan selalu tercetus perbalahan antara mereka. Sama gak cam abg2 aku yang lain..

2) Time birthday someone dalam family, kawan2 atau teman tersayang mesti kaum ni lupa..biarpun dah tulis dalam dairi atau set dalam reminder hanset..ke buat2 lupa sebab malas dan kedekut nak kuarkan bajet beli hadiah?tapi walaupun diorang bagi hadiah bila kita kata ni awak yang bagi masa birthday kita ke 20 hari tu. Pastu dia tanya balik dengan muka blurrr..ye ke?ehemmm…

3) Bab bayar bil: telefon, astro, kad kedit, elektrik, air dan macam2 bil lagi..tetiba je bil berbentuk amaran sampai kat umah..risik punya risik dah 6 bulan tertunggak..kenapa? sebab segala urusan ni kaum adam yang pertanggungjawabkan..tak tau orang lain. Tapi dalam family aku memang saudar2 ni yang take over.

4) Ni lagi satu kesah abg2 kesayangan aku. Mak aku selalu pesan rajin2 solat, jangan lupa telefon mak. Tapi perkara paling wajib tu pun diorang boleh lupa apatah lagi nak calling mak kat kampung. Aku selalu pesan dengan ‘saudara’ kandung ku ini..mak pesan suh tepon..baru nak tepon.. 

5) Hah ni lagi teruk..kaum ADAM selalu lupa daratan..dah jadi datuk ke, wakil rakyat ke, ke pangkat2 tinggi lain semua lupa pada bumi yang dipijak..betul tak saudar2 sekalian?

6) Lupa tanggungjawab! kes2 rogol dan cabul2 anak dara orang. Selalu lupa nak bertanggungjawab. Lepas dah buat benda terkutuk tu pandai2 lah bertanggungjawab. Ni main lari je..hampeh tul. Biarkan je perempuan tanggung malu dan beban sendiri. Betul2 mental disorder yang di gelar ‘PELUPA YANG MELAMPAU’ dan harus dimusnahkan besar2an. Serang!!!!

Dalam al-quran memang ada dinyatakan jelas dan nyata yang berbunyi: “al-rijal quamun ‘alan nisa’ “, bermaksud lelaki itu lebih kuat daripada wanita dan dalam erti kata lain lelaki itu pemimpin hawa. Fikirkanlah wahai kaum Adam..

p/s: article ini aku cipta sendiri dan pandangan peribadi aku based on observation bukan copy hak cipta orang lain. So, ikut suka aku lah nak bagi pandangan apapun.

Wassalam…