Salam semua…

Alhamadulillah, akhirnya sist-n-law aku selamat melahirkan baby first dia. Segala kesakitan yang ditanggungnya semenjak 04mac lalu telah berakhir. Buat pengetahuan korang sist aku ni kena tahan kat ospital lama dah, doc kata dah terbuka 2cm..tapi baby tu tak nak kuar2 gak, dia tak nak tengok dunia luar kut..best sangat tinggal kat dalam perut mak dia. Ialah dia dah tau camna keadaan dunia sebenar..dia taknak keluar ke dunia yang semakin lama semakin hilang ketamadunannya. Iye kut..

Nama puteri sulung bro ke-2 aku ni Puteri Zafirah Alexendra (iye kut, ak tnya my bro b4 baby ni lahir lg)..aku pun pelik apasal bro aku bagi nama yang ntah-apeape-ntah ni, macam omputih pulak aku dengar.

Lagi satu baby ni  mesti cantik, sebab mak ayah dia mix..sist aku Filipino, bro aku pula Jawa dan tak pula kurang hansemnya..

Walauapapun, doaku buat Zafira tersayang  semoga gembira lahir ke dunia yang semakin kejam ini. Mudahan anda akan menjadi seorang yang berguna di masa hadapan, menjadi anak yang baik dan terjamin akidahnya..amin.

Doaku buat bro tersayang semoga dengan kelahiran permata hati ini akan menambah kebahagian anda berdua. Jagalah dia sebaik2nya kerana anak adalah amanah Allah kepadamu. Warisilah dia dengan akidah dan agama Muhammad, didiklah dia dengan sebaik2 ilmu untuk di dunia dan bekalan di padang mahsyar nanti..Amin

Hmm..terharu sangat dapat ahli keluarga baru..ini bermakna aku dah ada 5 orang anak saudara permata hari kepada bonda dan ayahandaku tercinta..

Wassalam..