Salam semua..

Hari ni nak kongsi petua macam mana nak jadi baik sikit dari diri anda sekarang. Dulu aku tak lah baik jahat macam diri aku sekarang ni. duuluuu…lama dah 4 tahun yang lalu akulah anak paling degil, adik yang kureng ajar akal sikit banyak, cucu yang tak suka ngan atuknya, kawan yang makan kawan (ni auta je tau, saje nak sedapkan jalan cerita).

Tapi di suatu hari yang damai, waktu petang aku rasa..aku ada dengar tazkirah dalam stesen radio swasta, dia kata bukan senang nak jadi baik ni yang penting niat dan azam.

Hmm..lepas tu aku muhasabah diri, teringat kedurhakaan aku dengan mak bapak aku daulu2.. zaman aku masih naif, daif dan kebudak-budak-kan. Lepas tu aku berfikir semasak-masaknya berazam nak buang jauh2 perangai buruk yang tak bermanfaat lagi tidak berfaedah tersebut.

Jadi, di sini hari ini aku ingin perturunkan petua yang aku buat cantheek dan telus punya petua. Mari sama-sama kita selusuri dan praktik-kan.

Petua aku ada 5 fasa:

Perangai buruk itu tidak boleh dibuang begitu saja dari tingkap, ia mesti melalui beberapa langkah.

Pertama:Niat di hati serta azam yang kuat tak nak lakukan kejahatan lagi.

Kedua:Bawalah ia menuruni tangga(kalau umah 2 tingkat le) sehingga melepasi beberapa ruang iaitu ruang tamu(otak dan pemikiran), ruang bilik(hati), ruang dapur (rongga2 hidung, mata, telinga, tangan dan kaki).

Ketiga:Bukakan ia pintu dan say good bye dan katakanlah pada ia pintu ini tidak akan sesekali menjemput dan mengalu-alukan kedatangannya.

Keempat:Dengan rasa bangga(idung kembang skit) tutuplah pintu tersebut dan kuncilah pintu itu untuk selama-lamanya agar kejahatan tidak mengetuk dan memberi salam untuk menaklukinya kembali.

Kelima:Untuk mengelakkan kejadian itu berlaku, hiasilah pintu itu dengan amar ma’ruf dan bunga-bunga iman.

Kalau anda praktikan petua-petua ini nescaya hidup akan lebih bercahaya dan bermakna dengan seadanya.Ambillah petua ini jika anda mengalami penyakit kejahatn yang kronik. Jika tidak berkesan jumpalah orang yang lebih pakar dan bertauliah yang boleh memberikan tip-tip yang lebih mujarab. 

Alhamdulillah, sekarang ni aku lebih aman, baik dan bertatasusila dari dulu. Selamt beramal…

Wassalam..