Archive for April 2008

Lauk-berlauk-pauk. Cukup.

Salam semua…

“harga nasi putih Rm 1.50” kata tuan empunya gerai makan yang selalu aku dok lepak makan kat asrama.

“Apa?” spontan aku terkeluarkan suara yang aku anggap sedikit kasar.

“Nasi putih Rm1.50. Beras dah naik harga, dik” beliau meng’explain.

“Ya..Allah” itu je aku mampu luahkan. ‘Rm 1.50? macam nasi yanga aku selalu makan tu ada class, beras hancur juga. Tak kanlah naik gak. Kan dalam berita beras hancur tidak naik harga. aparrah..citporrha!!!cekik darah betul!!’ aku cakap dalam hati je.

Jadi aku membuat keputusan, esok tak yah makan nasi, makan ‘lauk berlauk pauk’ sahaja. Tak faham erk? macam ni, selalu orang makan nasi campur..yang mengandungi nasi putih, lauk dalam dua jenis dan sayur. Right? but, starting from tomorrow aku makan toksah letak nasi, just makan lauk plus lauk. Nasi diganti kepada lauk. Hmm…tak faham lagi ker?  Alah..faham lauk cukup dah le..lu[akan nasi. Malas dah nak explain..

Tak semena2 aku terus rasa bersalah dan insaf sikit. Dulu aku selalu makan tak habis, selalu buang nasi, tinggal nasi dalam pinggan, dalam polistren. Hatta nasi tu tinggal sesuap jer, aku tak makan. Alasan? sebab aku dah kenyang. Dah tak larat nak masukkan dalam perut. Ahh!rubish tul. Kalau aku suap jugak nasi tu dalam mulut pun tak apa. Tak membawa kepada strok atau lemah jantung ker atau penyakit-penyakit lain yang memudaratkan. Sekarang ini, nasi membalas dendam. ‘Beliau’ membuatkan kita terkena kejutan, strok dan sakit hati. Uhh…

Itu, aku..aku yang belum berumah tangga, tiada anak dan suami yang ditanggung(Ni penyedap ayat je tau). Cuba fikir mereka-mereka yang mempunyai isteri-isteri(poligami), anak yang ramai, keluarga yang ramai dan so on. Lagi le kena angin ahmar. Kalau gaji empat atau lima angka tak apalah, tapi kalau orang-orang kampung yang hanya kerja nelayan, petani atau kerja sendiri bagaimana?. Alamatnya mereka hanya memakan beras yang tidak berkualiti, yang digredkan sebagai beras hancur(macam dedak).

Ini tidak adil. Yang berkemampuan makan nasi yang berjenama, beras cap import jadi pilihan. Yang tidak berkemampuan hanya makan beras cap lokal je.

Bagi mereka-mereka yang tidak berkemampuan, apa kata anda menukar selera macam aku buat. Makan lauk-berlauk-pauk. Kurangakn kuantiti karbohidrat di dalam sistem permakanan, tambahkan protien untuk jimatkan kos, tamabahkan senyuman ketika makan. Mulai esok juga, makcik-makcik, ibu-ibu dan suri rumahtangga sekalian..perbanyakkan membeli sayur dan lauk(klu orng kampung mesti ada kat belakang umah, tak yah beli. Jimat kos). Beras toksah dok dipikirkan memenatkan otak kalian sahaja.

Hari ini aku jadi parasit. Menjangkiti hati-hati kalian dengan virus sakit hati. Whateverrr…Tak payah ambil vaksin atau antibiotik.

Okeylah..pikir-pikirkan dan selamt beramal.

Wassalam..

 

 

 

 

 

Menjaga Hati

Salam semua…

Aku tersungkur kerna lagu ini..so sweet la. Kagum sangat. Hmm..terbuai-buai dengar lagu ni berkumandang di radio. Aku kongsi bersama kalian lirik lagu ini. Lagu nyayian Yovie dan Nuno, Menjaga hati. Kalau betul ada insan macam ni di dunia, sentiasalah bahagian semua insan.  

Masih tertinggal bayanganmu

yang telah membekas di relung hatiku

hujan tanpa henti seolah bertanda

cinta tak disini lagi kau telah berpaling

 

Biarkan aku menjaga perasaan ini

menjaga segenap cinta yang telah kau beri

engkau pergi aku takkan pergi

 

Kau menjauh aku takkan jauh

sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

ooh oooh

 

Masih adakah cahaya rindumu

yang dulu selalu cerminkan hatimu

aku takkan bisa menghapus dirimu

meskipun kulihat kau kini diseberang sana

 

Andai akhirnya kau tak juga kembali

aku tetap sendiri menjaga hati

 

Sejujurnya aku masih mengharapkanmu

oooh ooohh…

Harap-harap jumpalah lelaki macam ni…

Wallahua’lam n wassalam..

Aku, adikku, ibuku, nota-notaku,

Salam semua…

Sibuk menelaah pelajaran. Kasihan blogku ini tidak diupdate beberapa hari. Nasib engkaulah blog. Aku saja jer masuk blog hari ini kerana teramat dan tersangatlah boring duduk menghadap nota-nota yang belum habis ku ulangkaji. Uhhh..tahap ketensionan aku semakin bertambah dan tahap kesabaran aku semakin hilang dari orbit kebenaran yang nyata. Uhh…

Thanks kepada kawan-kawan yang memberi semangat(hakikatnya diaorng pun tension tahap gaban gila) dan teman yang tak ku kenali rupa parasnya, teman sms (hafizuddin) setiap malam menemani aku melalui sms beliau…haha..thanks a lot..

Semalam adik aku call, macam tahu-tahu saja aku tengah boring. Aku bagitahulah aku boring sangat-sangat ni, takda mood nak study, fikiran berkeliaran entah ke mana, fikir tempat praktikal yang belum approve and etc. Dia macam nenek yang nyanyuk menasihatkan aku..nanti gagal baru tahu..bla..bla..cian mak ngan ayah di kampung..bla..bla..sayang je duit belajar klu gagal..bla dan bla lagi..dan aku terasa nak letak jer telefon tu. Tapi kesian pulak kat dia. Dengar dan dengar jelah bebelan adik kesayangan aku ni. Biarpun menyakitkan telinga.

Sedikit sebanyak insaf lah aku kejap..lepas tu jadi setan lagi. Aduh..susah nak didik hati yang dah jadi bambu kan?Toooooo lettt!….

Tak lama lagi hari ibu akan menjelma. Untuk Safiah Munaf, ibuku dunia dan akhirat..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sentiasa di bawah lembayung yang Maha Esa, Terima kasih tidak jemu menjaga, mendidik dan menyayangi ku tidak terhingga. Aku, cuma aku yang terlalu banyak melakukan kekhilafan padanya.

“Kita memerlukan beribu-ribu manusia untuk membina bangunan, tapi cukup hanya seorang wanita yang bergelar IBU untuk membahagiakan sebuah rumah”..it is true….million thanks mom..

Ha..korang-korang yang ada ibu, i’m pretty sure lah setiap orang mempunyai ibu wish lah happy mothers day for them..mungkin bukan bersempena hari ini sahaja, malah untuk selamanya.

SAFNI: nama yang aku guna dalam blog ni hasil gabungan nama emak dan ayahku..terasa dekat saja bila aku sebut SAFNI..Safiah Munaf dan Misni Hj Falil..

Okey..okey..aku stop la ni..

Terdengar nota-nota memanggil aku. Bacalah aku, bacalah aku, jangan biarkan aku sendiri..terbengkalai.

Okey..chow dulu, ntah bila aku nak masuk alam maya ini kembali. Wallahua’lam

Wassalm..  

 

Terima Kasih Mak, Ayah

Salam semua..

Terharu, sedih dan gembira. Sempena nak menghadapi final exam ni aku telefon mak dan ayah di kampung untuk meminta doa dan restu dari mereka. Memang menjadi kebiasaan aku. Mak dan ayah  orang yang aku paling sayang di dunia ni dan mereka lah yang layak memberi keredhaan kepada aku dalam hidup.

Aku: Mak, ida dah nak exam ni doakan ida ye. Halalkan makan minum dan maafkan apa saja yang ida lakukan. (time ni dah tangkap syahdu dah, cam raya la plak). Teruskan membaca…

I have no idea

Salam semua…

Buat masa ini aku busy sangat, nak kejar deadline tuk assignment..STAND UPPER..aku dah bosan sangat-sangat, dah buat editing tapi lum wat skrip lagi. Tolong aku…

Dah tau busy aku still gak membusy kan diri dengan program luar. Sabtu dan ahad lalu aku jadi fasilitator di Nur Lembah Pangsun tuk budak-budak sekolah Tun Hussien Onn. Best dan meletihkan. Pengalaman yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila.

Budak-budak ni semua comel-comel belaka, rindu sangat dengan diorang. Hmm..yang lalu biarlah berlalu..

k lah..sebenarnya aku dah tak da idea nak tulis apa, so aku merepek-marhaban..hihihi…k chow lu..

Wassalm..

Jom

Macam-macam: Manusia disangka hantu

Salam semua..

Gelihati aku baca news ni. Macam-macam..

TIANJIN: Seorang pemandu teksi yang melalui kawasan perkuburan pada waktu malam memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan lari selepas mengesyaki penumpang wanita yang dibawanya adalah ‘hantu’.

Pemandu teksi itu, Li, dari Baodi di daerah Tianjin, China, berkata ketika menoleh melihat penumpang yang baru diambilnya, dia terkejut melihat wajah wanita itu dipenuhi darah.

Penumpang itu, Wang, berkata dia bukanlah hantu.

“Ketika dalam teksi itu, saya melihat beg mengandungi barang runcit yang dibeli apabila pemandu menekan brek. Saya baru buka botol sos tomato dan sos merah itu tumpah ke muka saya,” katanya. – Agensi

(Berita harian online 170408)

Itu versi hantu luar negara. Versi hantu Malaysia mesti berpakaian selekeh, baju berdarah, suka mengilai/ketawa, suka terbang naik pokok, meloncat-loncat, tak pun suka muncul perlahan-lahan, suspen. Aku paling tak suka tengok cerita hantu Malaysia. Tak real betul.

Sokong filem melayu!!!

Hamperhhh..

Wassalam. 

Ini buat aku hilang rasa hormat terhadap anak-anak zaman sekarang. Tak kenang budi orang tua. Hampeh!!!!

Salam semua…

Aku rasa inilah tajuk entri aku yang paling panjang. Naik menyampah baca Kosmo! hari ni. ‘Bersemuka Akhirnya’ itulah bunyi headline yang terpampang jelas didada akhbar fames ni. Member aku kata tajuk ni macam musuh berjumpa musuh. Bukan dengan anak sendiri.

Betul juga kata dia. Anak sekarang macam musuh sendiri kepada ibu-bapa. Bayangkanlah, sanggup lari ikut lelaki lain kerana cinta. Sanggup lihat ibu-bapa dia sengsara menanggung beban rindu dan malu terhadap masyarakat sekeliling. Teruskan membaca…