Salam semua..

ROMPIN 3 April – Sebuah syarikat tenusu tempatan akan terus membekalkan susu segar kepada syarikat Belanda, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady) walaupun wujud usaha memboikot produk negara itu ekoran penerbitan filem Fitna oleh rakyatnya, Geert Wilders. ‘‘Tindakan memboikot Dutch Lady yang beroperasi di negara ini sebenarnya hanya akan menjejaskan periuk nasi rakyat kita sendiri,” kata Pengarah Urusan Syarikat tersebut.(Petikan berita Utusan Online 04/04/08)

Dan..al-kisah lain..

“da, jemput minum,”member aku (Biey) offer air.

“eh..tak boikot belanda ke?”aku tanya

“Kenapa?”dia tanya

“tu…”aku muncungkan mulut ke arah kotak air dia

“oh..ala, x perasan”dia pegang air kotak DUTCH LADY, strawberry

“Hmm..takpe, kita minum bukan bermakna kita sokong diaorang hina Islam. Niat dalam hati kita minum untuk menghilangkan dahaga jerrr..”kataku

(ini dailog aku dengan member aku, 03/04/08)

Boleh ker?

Bukan ke dalam Islam semua perkara berdasarkan niat?

Relavenkah?

Itu cerita dalam negara yang agama rasminya adalah Islam. Tapi berlainan dengan negara yang beragama Buddha…

PHNOM PENH: Islam sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan keganasan semata-mata kerana tindakan segelintir penganut agama suci itu yang bertindak demi kepentingan diri sendiri.Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, berkata umat Islam tidak sepatutnya dipersalahkan kerana pihak yang melakukan serangan sebenarnya tidak termasuk dalam mana-mana agama. “Setiap kali berlaku serangan, mengapa tidak dikatakan ia adalah perbuatan pengganas. Mengapa mesti dikaitkan dengan Islam? Pengganas tidak mempunyai agama kerana semua agama menghalang keganasan.“Pemimpin dunia perlu mengubah pandangan yang mengaitkan Islam dengan keganasan. Begitu juga dengan ungkapan kebebasan bersuara. Salah guna kebebasan bersuara membawa kehancuran kepada dunia,” katanya.Aku(monolog): entah le..tak tau nak kata apa. Takde idea..

Korang:???????

Wallahu’alam..wassalam