Minum la air, jangan terpengaruh dengan statement saintis tu..
Salam semua..
LONDON: Sekumpulan saintis menyangkal dakwaan bahawa meminum lapan gelas air sehari adalah baik untuk kesihatan manusia sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu mitos. Kumpulan saintis itu berpendapat bahawa sehingga kini tiada bukti dengan meminum sejumlah besar air dapat memberi manfaat kepada kesihatan seseorang dan mereka tidak mengetahui bagaimana kepercayaan itu boleh tersebar.
Ini adalah keratan online Berita Harian 04/04/08 mengenai mitos meminum air. Menurut saintis yang pandai dan bertauliah ini, Dr Dan Negoianu dan Dr Stanleu Goldfarb dari Bahagian Hypertensi, Elektrolit dan Renal di Universiti Pennsylvania berkata tiad kajian yang saintifik menunjukkan purata kesihatan manusia memerlukan untuk meminum sejumlah air melebihi 1.5 liter setiap hari.
Hmm..teringat zaman kecik2, mak aku paksa bawa bekal air ke sekolah.
“Air mak da sediakan tu, masuk dalam beg jangan tinggal kan (dengan kata lain:jgn buat2 tinggal/lupa). Nanti kurang air dalam badan tu, sakit pula..nanti kalau dah sakit sapa yang susah..xyah buang duit nak beli…bla..bala..bla…lagi bla…”
Ni le skrip yang dikarang dan sungguh clise mak aku saban pagi, di tiap2 hari yang ku lalui..arghh..boring sungguh bawa bekal air sehingga menyebabkan beg sekolah aku mengelembung. Kalau aku tahu aku tak akan bawa bekal tu, kalau bawa pun sekadar nak jaga ati mak aku..lepas tu aku tinggal le dalam van sekolah..hahaa..kan aku dah kata aku ni bukan baik sangat pun.
Tapi semua tu salah belaka.
Dan Negoianu dan Dr Stanleu Goldfarb si saintis ni penipu..
Biarpun takde kajian tapi memang terbukti air itu berkhasiat untuk kesihatan kita.
Tapi kemungkinan berkat restu mak, aku sihat sehingga kini. Dan tidak mengalami sebarang penyakit pun. Alhamdulillah.
Dr Negoianu dan Dr Goldfarb turut menyiasat teori bahawa meminum lebih banyak air boleh menyebabkan kita berasa kenyang dan hilang selera makan.
Tapi yang ini betul..aku selalu terasa kenyang kalau minum air terlalu banyak sebelum makan, membuatkan nasik aku tak abis…banyak dosa aku bab biarkan nasi tu nangis..
Ampun mak…
wassalm..
3 responses to “Mitos meminum 8 gelas air”
atisuri
15 April 2008 at 07:16
8gelas air sehari bg aku, bukan mitos. tp apa yg berlaku pd anak2 orang Cina yg pergi ke sekolah dgn m’bawa sebotol besar air mineral setiap hari terbukti keberkesanannya apabila mereka tidak tido semasa sesi belajar dan kebanyakannya pandai2 belaka.
izmal
17 April 2008 at 03:47
dulu masa zaman aku sekolah kat sekolah cina,semua budak cina pandang serong kat budak melayu sebab tak bawak air…aku ingat lagi kitaorng main satu game cina,kalau kalah kena teguk air banyak2 sampai terkencing2 aki… best woo.kenanagan kat sekolah lama.
mirhans safni
17 April 2008 at 03:57
atisuri:betul tu..aku slalu terlentuk longlai atas meja di pagi hari
izmal:bes nya..blah gak nanti kita wat permainan camtu gak..