Salam semua..

Aku nak berkeluh kesah ni. Bukan nak jaga tepi kain orang lain. Bukan nak tunjuk alim. Tapi aku rasa perlu nak bagi peringatan. Kiamat semakin dekat.

Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya. Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai pelacur. “Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi. 

Inilah antara keratan utusan online yang aku ambik(070408)

Suka kaulah Sufiah…kau menghalalkan apa yang sememangnya haram. Kau menjadikan ia darah daging kau. Kasihan keturunanmu nanti. Kasihan keluarga mu. Kasihan sejarahmu. Kasihan kepintaran yang Allah kurniakan padamu.

Aku tak setuju betul. Ya Allah! Islam kah dia ini? Dia tidak takut dosa kah? Dia tak takut Neraka dan azabnya kah?Dia terlupakah padang mahsyar dan hari kebangkitan menunggu?Ya Allah! aku mohon padamu jauh kanlah aku dan ahli keluargaku serta orang-orang yang aku sayang daripada kejahatan ini. Amin…

Betul, memang betul. Kiamat sudah dekat. Semakin ramai orang Islam hilang akidahnya. Semakin ramai orang Islam yang berperang sesama sendiri. Semakin ramai manusia mengambil rasuah. Itu antara tanda-tanda kiamat semakin hampir.

Sungguh kasihan kau Sufiah. Sayang, Sepintar-pintar kau, kau jugalah sebodoh-bodoh manusia yang bodoh.

Tersentak. Terkejut. Terkesima seluruh dunia.

Semua pasal kau Sufiah.

wassalam…