Salam semua…

Aku soal: Projek yang tidak menguntungkan rakyat. Kenapalah binatang itu juga nak dikomersialkan. Kenapa tidak lembu, kerbau , kambing atau binatang yang lebih sihat?

No komen. (mereka jawab)

Aku soal: Dahlah dalam pemerintahan mempunyai 3 pendapat, idea dan kepala. tapi kenapa masih tidak dapat membuat keputusan yang tepat? Fikirkanlah pendapat rakyat juga. Bukan mereka-mereka sahaja yang hidup dalam Selangor. 

No komen.(mereka jawab)

Aku soal: Mereka berjanji tidak akan berlaku perkara seperti di N.Sembilan dan Melaka. Boleh percaya ke?apa motifnya. Hendak mahsyurkan Malaysia sebagai negara pengeluar babi terbesar di dunia kah?

No komen.(mereka jawab)

Aku soal: Hmm..

Mereka: Takde soalan lain?

Aku jawab: ada, tapi aku tak layak nak mempersoalkannya. Sebab aku bukan pemerintah. Pendapat aku sebesar hama saja. Dipandang sipi, dahlah sipi dipandang dengan sebelah mata.

(Aku di atas mewakili rakyat)

(Mereka di atas mewakili pihak yang bertanggungjawab)

Cerita lanjut refer to: Utusan 080408

Wassalam..