Antara mangsa-mangsa yang sesak nafas..

BANGKOK 10 April – Lima puluh empat pendatang Myanmar, kebanyakannya perempuan, mati akibat sesak nafas dalam sebuah trak kontena di selatan Thailand ketika cubaan menyeludup mereka ke Pulau Phuket.

Jurucakap polis, Kolonel Kraithong Chanthongbai berkata, mereka yang terbunuh dan 67 yang lain cuba memasuki Thailand untuk mencari pekerjaan di pulau berkenaan.(petikan utusan onlie 110408)

Sungguh menyayat hati. Sedih sangat bila fikir nasib mereka yang meninggal dalam trak ni. Lebih-lebih lagi mereka semua ni mati dalam perjalanan nak pergi mencari rezeki, walaupun kita tahu mereka menyalahi undang-undang ciptaan manusia.

Bersyukur sangat tinggal di Malaysia. Kalau tidak mungkin aku atau saudara-saudaraku yang lain juga senasib dengan mereka. Kalau tidak aku dan keluargaku menjadi salah seorang dari 54 yang terkorban itu. Mungkin juga kawan-kawanku..oh…tidak dapat aku bayangkan dan terima kenyataan.

Semoga dalang disebalik kejadian ini menerima hukuman yang setimpal.  Walau mangsa-mangsa ini sendiri dengan real hati masuk dalam trak. Semalam baru saja aku belajar mengenai akta-akta yang berkaitan dengan kes yang macam ini. Semoga dia disabit dengan kesalahan.. aku harap sangat.Amin…

Korang:?????

wassalam…