Salam semua…

Hari ini rajin betul masuk entri. Bukan apa saja nak kongsi sesuatu yang pelik berlaku di akhir-akhir zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Aku memang suka baca benda-benda yang pelik dan macam-macam. itulah kesukaan aku di masa lapang(tak lapang sangat, buat2 lapang)

Begini ceritanya…

Cerita ini berlaku di negara yang aku tak pernah pergi iaitu Berlin. Ada seorang petani Wolfgang Zober, 55, yang hidup dalam kesunyian kerana terlalu meberi komitmen yang tinggi terhadap ladangnya, menyebabkan baliau jarang bertemu dengan wanita.  

Seorang rakan yang terlalu kasihan dengan petani ini memberi cadangan supaya mencari kenalan melalui internet.

Beliau pun bertemu dengan wanita yang cantik, Randy Victoria, 38. Bincang punya bincang mereka berdua setuju untuk mendirikan rumahtangga bersama, dan semestinya berjanji untuk sehidup semati.

Tapi malangnya, pada malam perkahwinan, ‘isteri’nya membongkar rahsia bahawasanya dia adalah LELAKI.  Macam dihempap runtuhan bangunan sang suami terkejut beruk. Melongo…(ni aku tambah, nak sedapkan jalan cerita). Beliau amat kecewa dan meminta cerai.

“Ceraikan aku..anta aku balik umah makbapa aku sekarang juga..ples..aku jijiks”dialog suami. maybe.

Aku rasa dia orang ni boleh wat rekod dunia dengan tajuk ‘perkahwinan paling singkat’.

Macam mana pula korang kalau tersalah pilih suami atau isteri? Zaman sekarang tiada lagi yang mustahil. Semua boleh..belasah..zazsss..layan..

wallahua’lam..wassalam..