Salam semua..

Entri kali ini biarlah yang santai dan ringkas. Aku juga tahu member-member aku yang lain tiada masa nak baca entri yang berat-berat memandangkan peperiksaan tak lama lagi menjelma. Dia orang semua sibuk baca nota. I’m preety sure la…hanya aku je yang tengah malas+malas+malas berkati-kati.

Antara simptom-simptom yang dapat aku identify adalah antara berikut:

  • Malas nak tengok nota-nota; bosan tahap cipan pakcik din, tengok nota pun aku naik muak, itu belum nak buka dan baca. Nauzubillah…
  • Cd maniak; pantang nampak cd cerita, tak kisah omputih, hindi, korea, jepun, melayu, arab semua aku tibai. Lepas gian. Sebelum ni busy ngan assignment dan projek newspaper. Takda masa nak tengok cerita.
  • Malas sangat nak bangun pagi: Subuh tak tinggal tau! Satu masalah aku yang paling besar. Malas sangat nak tinggalkan katil kesayangan aku tu. Lepas subuh je aku pengsan balik. Parah-parah. Janji dengan member nak pergi kampus kul 9, aku bangkit kul 9.30. Janji melayu betul.
  • Baran: akhir-akhir ini tahap kepanasan hati aku semakin menigkat. Melampaui tahap bahaya dah. Pantang salah sikit, tak kisah manusia ke, benda ke, kucing ke, semua aku nak marah.
  • Kerut: Kerut dahi aku dah boleh wat kuih lapis. Masa aku duduk sensorang baru berfikir secara waras. Exam dah dekat. Ini adalah ‘study week’ not ‘honeymoon week’. Lepas tu dahi aku berkerut-kerut dengan muka masam mencuka. Member serumah pun takut nak tegur. Lepas dapat cd kerut pun hilang, takut pun terbang. Sengal ke hapa aku ni?tak makan saman.

Itu baru sedikit. Belum campur benda sensitif lain. Rasanya bukan aku sorang je yang mengalaminya kan? hmm… Nanti dah terhantuk baru nak terjerit memekak melolong macam orang kena hesteria.

Korang macam mana? Sama ke tidak macam yang aku alami, ke lebih teruk?

Okey…Wassalam..