Salam semua…

Aku rasa inilah tajuk entri aku yang paling panjang. Naik menyampah baca Kosmo! hari ni. ‘Bersemuka Akhirnya’ itulah bunyi headline yang terpampang jelas didada akhbar fames ni. Member aku kata tajuk ni macam musuh berjumpa musuh. Bukan dengan anak sendiri.

Betul juga kata dia. Anak sekarang macam musuh sendiri kepada ibu-bapa. Bayangkanlah, sanggup lari ikut lelaki lain kerana cinta. Sanggup lihat ibu-bapa dia sengsara menanggung beban rindu dan malu terhadap masyarakat sekeliling.

Kes mengenai Che Siti Nor Azreen, 12, yang didakwa dilarikan lelaki Indonesia ke Dusun terentum, Desa Kabar, Sakra, Indonesia atau lebih tepat mengikut lelaki tersebut kerana kuasa cinta.

Menyelusuri kisah sedih Che Ishak Che Kob bapa kepada Azreen, beliau berkata banyak perkara yang ingin dibualkan kepada anaknya tetapi pertemuan selama 10minit itu terlalu singkat, bukan itu sahaja perjumpaan tersebut juga dikawal rapi oleh polis dan kaunselor Azreen sendiri. Didakwa perjumpaan selama 10 minit dan dikawasan tertutup itu atas permintaan Azreen sendiri.

Mengikut laporan, kerana urusan birokrasi yang banyak masalah menyebabkan Che Ishak susah berjumpa dengan anak sendiri. Ini kerana mereka mendakwa prosuder tersebut melibatkan rumah perlindungan kanak-kanak di bawah pemerintah Indonesia. Nak jumpa anak sendiri banyak betul halangan. Mereka terpaksa berjumpa polis terlebih dahulu untuk meminta kebenaran berjuma Azreen. Selepas kebenaran diberikan ada syarat lagi. Che Ishak dilarang bertanya sebarang soalan atau perkara yang menyebabkan gangguan emosi kepada Azreen.

Che ishak berkata dia cuma dapat menghulurkan rendang ayam yang dikirimkan isterinya untuk Azreen dan dua pasang baju kurung kegemaran anaknya. Azreen cuma mencium tangan ayahnya sahaja. Tiada kata maaf yang dipinta. Ya Allah! kejamnya.. 

Aku yang tak alami semua ini pun rasa macam nak menangis bila fikir kalau aku buat ayah aku macam tu. Selama 12 tahun ayah dia jaga dia seelok-elok manusia dia hanya  jumpa ayah dia selama 10 minit sahaja. Kejam!!!

Biarlah orang kata aku menjatuhkan hukuman tanpa tahu cerita disebaliknya. Tapi dari keputusan dia mengikut lelaki itu ke seberang sudah cukup membuatkan aku sakit hati.

Memang mudah menunding jari menyalahkan orang lain, bukan?

Budak yang baru berumur 12 tahun yang kebiasaanya masih bermain-main di halaman rumah, berkejar-kejaran dengan kawan-kawan dan masih menelaah pelajaran, sudah pandai membuat keputusan sebegini.

Di mana silapnya? Siapa yang salah? Apa sebabnya semua ini berlaku?

Ya Allah! Engkau ampunkanlah hamba-Mu itu..amin

Wallahua’lam..wassalam…