Pada Isnin 12 Julai 2007 lalu, seorang pemandu bas di Lindau, Jerman telah melakukan sesuatu yang mengejutkan apabila mengugut hendak mencampak seorang gadis keluar daripada bas yang dipandunya. Sebabnya, gadis itu memakai pakaian yang terlalu seksi!

Pemandu bas berkenaan memberhentikan bas secara tiba-tiba kemudian berpaling ke arah gadis tersebut Debora Chan, 20, dan menjerit,

“Bonjol-bonjol di badan kamu itu mengganggu perhatian saya setiap kali saya memandang ke arah cermin! Saya tak dapat beri tumpuan kepada lalu lintas, kalau kamu tak pindah ke kerusi lain, saya akan campak kamu keluar dari bas ini!”

Apabila meminta penjelasan kepada jurucakap syarikat bas terbabit, jurucakap tersebut mempertahankan tindakan pemandu bas itu. Katanya, pemandu tersebut telah melakukan sesuatu yang betul.

“Tumpuan pemandu bas tidak boleh diganggu kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang lain,” tegas jurucakap itu. (artikel dari Mastika Mei 2008)

Hmmm…nampaknya orang tidak Islam juga tidak selesa melihat pandangan sebegitu, bagaimaan pula dalam negara kita sendiri?

Bagi pandangan aku pula, kalau kita sebagai Muslim cakap tak selesa tengok orang lain pakai pakaian seksi, ramai yang kata:

“Ala, dia orang yang pakai bukan awak! yang busy body tu apahal”

“Tak yah pandang la kalau tak suka tengok, tutup mata pekakkan telinga”

“Apalah awak ni, kolot macam orang zaman batu”

“Dosa masing-masing, tak payah nak susah kan hati dosa orang lain”

“Bukan anak aku, anak orang lain”

“Tak payah sibuk hal orang lain, pahala dan dosa masing-masing”

“Ala, apa sibuk. Kubur lain-lain”

“Kalau takda orang macam ini, tiadalah neraka itu wujud. Nanti semua orang baik takda yang jahat siapa yang nak huni neraka?”

“Ko jangan nak bising boleh tak? Mak bapa aku pun tak bising”

Haa..itulah antara kata-kata daripada mulut-mulut manis masyarakat kita.

Aku: Dah lali dah..

Korang:?????

Wallahua’lam…dan…wassalam