Salam semua..

Gelihati aku baca news ni. Macam-macam..

TIANJIN: Seorang pemandu teksi yang melalui kawasan perkuburan pada waktu malam memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan lari selepas mengesyaki penumpang wanita yang dibawanya adalah ‘hantu’.

Pemandu teksi itu, Li, dari Baodi di daerah Tianjin, China, berkata ketika menoleh melihat penumpang yang baru diambilnya, dia terkejut melihat wajah wanita itu dipenuhi darah.

Penumpang itu, Wang, berkata dia bukanlah hantu.

“Ketika dalam teksi itu, saya melihat beg mengandungi barang runcit yang dibeli apabila pemandu menekan brek. Saya baru buka botol sos tomato dan sos merah itu tumpah ke muka saya,” katanya. – Agensi

(Berita harian online 170408)

Itu versi hantu luar negara. Versi hantu Malaysia mesti berpakaian selekeh, baju berdarah, suka mengilai/ketawa, suka terbang naik pokok, meloncat-loncat, tak pun suka muncul perlahan-lahan, suspen. Aku paling tak suka tengok cerita hantu Malaysia. Tak real betul.

Sokong filem melayu!!!

Hamperhhh..

Wassalam.