Salam semua..

Terharu, sedih dan gembira. Sempena nak menghadapi final exam ni aku telefon mak dan ayah di kampung untuk meminta doa dan restu dari mereka. Memang menjadi kebiasaan aku. Mak dan ayah  orang yang aku paling sayang di dunia ni dan mereka lah yang layak memberi keredhaan kepada aku dalam hidup.

Aku: Mak, ida dah nak exam ni doakan ida ye. Halalkan makan minum dan maafkan apa saja yang ida lakukan. (time ni dah tangkap syahdu dah, cam raya la plak).

Mak: Iye, mak selalu doakan ida dan anak-anak mak yang lain. Setiap hari dan masa. Jangan risau. Yang penting buat yang terbaik.

Aku: tut..tut..(dah nangis da). Tima kasih mak..mudah-mudahan ida senang nak jawab.

Mak: Iye..jangan lupa rehat, makan jangan tinggal. Sakit nanti tak dapat nak ambik exam.

Aku: InsyaAllah

Itu dialog dengan mak aku

Ayah aku pulak:

Aku: Pa, ida nak exam ni. Doakan ida senang nak jawab kertas soalan ye.

Ayah: Tak payah suruh, bapa memang selalu doakan. Buat sembahyang hajat untuk semua anak-anak ayah.

Aku: Ida tahu, tapi nak exam ni maafkan ida, halalkan makan dan minum.

Ayah: iye..

Hmmm..aku memang tahu doa dan ayah aku tak putus-putus mengiringi hidupku dan adik-beradik ku yang lain. Terima kasih mak, ayah…

Tapi di akhir perbualan dengan ayahku, beliau sempat lagi membuatkan aku tergelak besar..

Ayah: Berapa lama lagi nak belajar ni?

Aku: Setahun lagi..kenapa pa?

Ayah: Mesti banyak hutangkan?

Aku: Mestilah..rm26 ribu pa.

Ayah: Siapa nak bayar tu?

Aku: Kan ida dah suruh bapa carikan ida suami yang kaya-raya..

Ayah: Ha..ha..ha…

Ketawa besar ayah aku. Aku ketawa sekali. Pandai ayah ku buat lawak.

Ayah: Carilah sendiri..

Aku: bapalah carikan ida..

Ayah: Carila orang sana, nak datuk ke, anak vip ke,

Aku: Taknak, ida nak bapa carikan..

Ayah: tutuu..t.tu

Kredit ku habis. Mungikn ayah aku ingat aku sekadar bergurau. Tapi hakikatnya aku memang nak kan dia yang tentukan jodohku (betul ke?)…….Wallahua’lam..

Wassalam…