Salam semua…

Sibuk menelaah pelajaran. Kasihan blogku ini tidak diupdate beberapa hari. Nasib engkaulah blog. Aku saja jer masuk blog hari ini kerana teramat dan tersangatlah boring duduk menghadap nota-nota yang belum habis ku ulangkaji. Uhhh..tahap ketensionan aku semakin bertambah dan tahap kesabaran aku semakin hilang dari orbit kebenaran yang nyata. Uhh…

Thanks kepada kawan-kawan yang memberi semangat(hakikatnya diaorng pun tension tahap gaban gila) dan teman yang tak ku kenali rupa parasnya, teman sms (hafizuddin) setiap malam menemani aku melalui sms beliau…haha..thanks a lot..

Semalam adik aku call, macam tahu-tahu saja aku tengah boring. Aku bagitahulah aku boring sangat-sangat ni, takda mood nak study, fikiran berkeliaran entah ke mana, fikir tempat praktikal yang belum approve and etc. Dia macam nenek yang nyanyuk menasihatkan aku..nanti gagal baru tahu..bla..bla..cian mak ngan ayah di kampung..bla..bla..sayang je duit belajar klu gagal..bla dan bla lagi..dan aku terasa nak letak jer telefon tu. Tapi kesian pulak kat dia. Dengar dan dengar jelah bebelan adik kesayangan aku ni. Biarpun menyakitkan telinga.

Sedikit sebanyak insaf lah aku kejap..lepas tu jadi setan lagi. Aduh..susah nak didik hati yang dah jadi bambu kan?Toooooo lettt!….

Tak lama lagi hari ibu akan menjelma. Untuk Safiah Munaf, ibuku dunia dan akhirat..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sentiasa di bawah lembayung yang Maha Esa, Terima kasih tidak jemu menjaga, mendidik dan menyayangi ku tidak terhingga. Aku, cuma aku yang terlalu banyak melakukan kekhilafan padanya.

“Kita memerlukan beribu-ribu manusia untuk membina bangunan, tapi cukup hanya seorang wanita yang bergelar IBU untuk membahagiakan sebuah rumah”..it is true….million thanks mom..

Ha..korang-korang yang ada ibu, i’m pretty sure lah setiap orang mempunyai ibu wish lah happy mothers day for them..mungkin bukan bersempena hari ini sahaja, malah untuk selamanya.

SAFNI: nama yang aku guna dalam blog ni hasil gabungan nama emak dan ayahku..terasa dekat saja bila aku sebut SAFNI..Safiah Munaf dan Misni Hj Falil..

Okey..okey..aku stop la ni..

Terdengar nota-nota memanggil aku. Bacalah aku, bacalah aku, jangan biarkan aku sendiri..terbengkalai.

Okey..chow dulu, ntah bila aku nak masuk alam maya ini kembali. Wallahua’lam

Wassalm..