Salam semua…

“harga nasi putih Rm 1.50” kata tuan empunya gerai makan yang selalu aku dok lepak makan kat asrama.

“Apa?” spontan aku terkeluarkan suara yang aku anggap sedikit kasar.

“Nasi putih Rm1.50. Beras dah naik harga, dik” beliau meng’explain.

“Ya..Allah” itu je aku mampu luahkan. ‘Rm 1.50? macam nasi yanga aku selalu makan tu ada class, beras hancur juga. Tak kanlah naik gak. Kan dalam berita beras hancur tidak naik harga. aparrah..citporrha!!!cekik darah betul!!’ aku cakap dalam hati je.

Jadi aku membuat keputusan, esok tak yah makan nasi, makan ‘lauk berlauk pauk’ sahaja. Tak faham erk? macam ni, selalu orang makan nasi campur..yang mengandungi nasi putih, lauk dalam dua jenis dan sayur. Right? but, starting from tomorrow aku makan toksah letak nasi, just makan lauk plus lauk. Nasi diganti kepada lauk. Hmm…tak faham lagi ker?  Alah..faham lauk cukup dah le..lu[akan nasi. Malas dah nak explain..

Tak semena2 aku terus rasa bersalah dan insaf sikit. Dulu aku selalu makan tak habis, selalu buang nasi, tinggal nasi dalam pinggan, dalam polistren. Hatta nasi tu tinggal sesuap jer, aku tak makan. Alasan? sebab aku dah kenyang. Dah tak larat nak masukkan dalam perut. Ahh!rubish tul. Kalau aku suap jugak nasi tu dalam mulut pun tak apa. Tak membawa kepada strok atau lemah jantung ker atau penyakit-penyakit lain yang memudaratkan. Sekarang ini, nasi membalas dendam. ‘Beliau’ membuatkan kita terkena kejutan, strok dan sakit hati. Uhh…

Itu, aku..aku yang belum berumah tangga, tiada anak dan suami yang ditanggung(Ni penyedap ayat je tau). Cuba fikir mereka-mereka yang mempunyai isteri-isteri(poligami), anak yang ramai, keluarga yang ramai dan so on. Lagi le kena angin ahmar. Kalau gaji empat atau lima angka tak apalah, tapi kalau orang-orang kampung yang hanya kerja nelayan, petani atau kerja sendiri bagaimana?. Alamatnya mereka hanya memakan beras yang tidak berkualiti, yang digredkan sebagai beras hancur(macam dedak).

Ini tidak adil. Yang berkemampuan makan nasi yang berjenama, beras cap import jadi pilihan. Yang tidak berkemampuan hanya makan beras cap lokal je.

Bagi mereka-mereka yang tidak berkemampuan, apa kata anda menukar selera macam aku buat. Makan lauk-berlauk-pauk. Kurangakn kuantiti karbohidrat di dalam sistem permakanan, tambahkan protien untuk jimatkan kos, tamabahkan senyuman ketika makan. Mulai esok juga, makcik-makcik, ibu-ibu dan suri rumahtangga sekalian..perbanyakkan membeli sayur dan lauk(klu orng kampung mesti ada kat belakang umah, tak yah beli. Jimat kos). Beras toksah dok dipikirkan memenatkan otak kalian sahaja.

Hari ini aku jadi parasit. Menjangkiti hati-hati kalian dengan virus sakit hati. Whateverrr…Tak payah ambil vaksin atau antibiotik.

Okeylah..pikir-pikirkan dan selamt beramal.

Wassalam..