Archive for Mei 2008

Uhh..aku bosan untuk kedua kalinya

Salam semua..

 

Uhhh..cemburu mendengar cerita dari mulut teman-teman yang praktikal di utusan. Terasa seronok. Terasa ingin saja aku turuti jejak mereka di sana.

 

Aku masih di sini.

 

Di pejabat. Tak tahu apa harus aku buat. Duduk merenung bumbung pejabat yang beku pabila bosan melayari internet. Bosan melihat bumbung yang bisu, aku beralih menghadap muka-muka orang yang berada di bilik yang ku kira kecil ini.

 

Bermuka selamba, ada yang serius menumpukan perhatian ke skrin komputer, ada yang asyik menaip sehinggakan kurasa papan komputer akan patah dengan tujahan-tujahan jari kasar mereka. Ada yang asyik buat panggilan.

 

Aku mulai bosan. Bosan yang teramat.

 

Buat skrip? dah siap. Cuma tinggal nak edit soundbyte orang yang aku temubual. Tapi ada masalah teknikal yang aku hadapi.

 

Buat skrip? dah siap. Cuma tinggal nak edit soundbyte orang yang aku temubual. Tapi ada masalah teknikal yang aku hadapi.

 

Tolonglah aku.

 

Aku lebih rela menyibukkan diri di luar sana, daripada duduk menghadap komputer dan orang-orang yang berada di sini.

 

Tak ada penyelesaian dan jawapan. Aku dalam dilemma.

 

Wassalam..

 

 

 

 

 

Manusai oo manusia..

Salam semua..

Di bawah ini sebuh kisah mengenai makhluk Allah yang digelar manusia. Selamat membaca. Terima kasih kepada halaqah.net. Aku cedok petikan ini daripada laman web tersebut. Selamat membaca dan nilailah diri kita sendiri. 

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki keldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata “Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung”.   
Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, “Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki.”   

Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan “Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan.”   

Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen “Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!”   

Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. “Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka..” 

‘Elak wanita penggoda’

Lelaki ramai teman keliling pinggang hilang fokus kepada isteri

LONDON: Kebimbangan sekian lama golongan isteri disokong dengan hasil kajian baru yang membuktikan lelaki yang dikelilingi wanita penggoda boleh membuatkan cinta mereka kepada pasangan semakin pudar.

Menurut kajian, selepas menghabiskan masa dengan wanita yang bertindak seolah-olah mereka memang memerlukan perhatiannya, si lelaki akhirnya semakin kurang menghargai pasangan sendiri.

Ia juga menunjukkan, lelaki yang kerap dikelilingi wanita muda seperti pensyarah lebih berkemungkinan untuk bercerai berbanding lelaki yang tidak ada minat ke arah itu.

Pakar menunjukkan memang menjadi tuntutan biologi untuk berpasangan yang membuatkan lelaki melihat teman hidup kurang menarik selepas bertemu dengan wanita penggoda.

Penyelidik, Dr Sandeep Mishra, berkata: “Kejayaan tinggi reproduktif lelaki atau kecergasan biologi, bergantung kepada penemuan dan hubungan dengan ramai wanita.

“Sebaliknya, wanita mendapat lebih manfaat kerana memilih dan melihat kepada kualiti dalam perhubungan. Contohnya, seseorang wanita hanya menghasilkan seorang anak meskipun ada hubungan dengan beberapa lelaki pada satu masa.”

Kajian itu, yang dilakukan oleh Universiti McMaster di Ontario, Kanada, meminta sukarelawan lelaki dan wanita untuk melihat model pakaian dalam dan meletakkan nilai mereka dari segi daya tarikan manakala yang lain diminta memberi reaksi berdasarkan seni abstrak.

Mereka kemudian menilai pasangan masing-masing dari segi daya tarikan, kepandaian, kemesraan dan keinginan.

Kebanyakan lelaki yang melihat gambar model meletakkan pasangan mereka jauh lebih rendah berbanding sukarelawan yang ditunjukkan dengan seni abstrak. Sementara wanita tidak terjejas dengan gambar itu.

Sukarelawan kemudian ditunjukkan rakaman video anggota berlainan jantina ditemubual, dengan sebahagian penemubual diminta bertindak menggoda, dan diminta menilai daya tarikan mereka.

Lelaki menilai wanita penggoda pada tahap amat tinggi manakala wanita sekali lagi terbukti tidak menunjukkan sebarang kesan dengan tindak tanduk penemubual.

Dr Mishra, yang kajiannya disiarkan dalam jurnal ‘Evolution And Human Behaviour’, berkata: “Lelaki pada asasnya sukakan gadis menarik yang berminat kepada mereka dari segi seksual, dan wanita selalunya tertarik kepada lelaki yang mempunyai sumber material.

“Apa yang ‘semula jadi’ dari segi biologi, tidak semestinya apa itu ‘moral’ atau ‘baik’. Seseorang mesti sedar hakikat yang ia bukan kecenderungan luar biasa.” Agensi & Berita Harian Online

Bagi lelaki diluar sana, adakah anda termasuk dalam golongan ini?tepuk dada tanya hati.

wassalam..

Million thanks to all my freinds

Salam semua…

Hari ini walaupun berat hati nak pergi kerja, tapi berkat dorongan dan kata-kata semangat dari kawan-kawan baru aku terasa ada ‘hati’.

Terima kasih kawan-kawan.

Walaupun aku keluar rumah dengan perasaan yang membuku dan air mata yang tertahan-tahan, aku terpaksa melaluinya.

Jadilah dewasa.

Matangkan pemikiranmu.

Jangan terlalu mudah mengaku kalah walhal kau belum pun berusaha sehabis daya.

Ini bukan dirimu yang dulu.

Dulu kau bukan seorang yang lemah semangat seperti hari ini.

Dulu kau bukan seorang yang mudah menyerah seperti hari ini.

Bukan seperti hari ini. 

Tapi satu, satu sahaja yang sama tentang dirimu..

Air mata adalah sahabat baikmu dan peneman sepanjang masa. Ketika kau bersedih, gembira, takut atau terluka.

dan yang pastinya pada hari ini, kau semakin mengagunggkan dan memerlukan sahabat dalam hidupmu.

Teman adalah bahu yang boleh kau menumpang, menyandarkan masalah.

Uhhh..dalam terluka aku boleh bermadah.pelik?? itulah aku..

Wassalm..

 

Oo..aku sungguh bosan

Salam semua..

Hari ini masuk hari ke 7 aku pra-praktikal. Teramat bosan, blur, bingung, buntu..

Betulkah aku berada di sini? Kewujudanku disedari atau tidak?Pelik..

Sungguh, aku tidak tahu.

Sungguh aku rasa terabai.

Aku nak balik ke alam kampus. Ke dunia pelajar. Kembali menyusur memori di dewan kuliah.

Aku tidak mahu dunia ini.

Wassalam.. 

Macam-macam: Keldai kena penjara

TUXTLA GUTIERREZ: Seekor keldai dipenjarakan di selatan Mexico selepas melakukan serangan dan mendatangkan kecederaan ke atas dua orang.

Haiwan itu dikurung dalam penjara tempatan yang biasanya dikhususkan bagi pesalah mabuk dan kekacauan lain selepas ia menggigit dan menendang dua lelaki berhampiran sebuah kandang di Chiapas, kata polis kelmarin.

Pegawai Sinar Gomez berkata, keldai itu akan dikurung sehingga pemiliknya bersetuju membayar bil perubatan lelaki terbabit.


Pemilik keldai itu, Mauro Gutierrez, memberitahu The Associated Press beliau akan cuba mencapai persetujuan untuk membayar bil mangsa yang dianggarkan berjumlah AS$420 (RM1,366). Sumber: Berita Harian.

Macam-macam betul. Ramai lagi manusia yang buat salah, lebih kejam, jenayah berita yang perlu didahulukan daripada keldai.

Wassalam..

First task

Salam semua…

Hari ini hari kedua aku praktikal di Radio 24, Bernama. Hari pertama juga aku pergi ikut senior cover news di Hotel Flamingo, Ampang. Press conference dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai majlis perasmian bengkel dasar perlindungan kanak-kanak dan pelan tindakan perlindungan kanak-kanak.

Alhamdulillah, aku berjaya mengharunginya..hehe..

Member-member lain pun sama ikut senior cover news.

Semalam balik dari kerja pukul 6.30 petang. Sampai rumah pukul 11.20. Macam nak patah kaki aku berjalan, berebut naik tren, berebut naik bas..emm..baru aku tahu macam ini hidup di bandaraya KL.

Sebelum balik kena bagi task untuk hari ini. Dan semalam juga aku risau sangat sampai tak lena tidur. Fikirkan apa aku patut buat. Cik Ayu(supervisor) suruh aku buat news juga tapi lain angel daripada senior aku. Tak ada idea nak buat apa..samapi jam ini au still tak buat lagi. Essan Yahya(senior reporter) bagi idea nak buat apa.

Macam ini..apa perlunya aku belajar selama ini. Inilah masanya untuk aku praktik apa yang pernah aku belajar secara teori dulu.

Hitung punya hitung, pejam-celik-pejam-celik mesti dah abis 1 bulan aku praktikal kat sini.

Okeylah..buat news dulu..choucincau..

Wassalam..