Salam semua…

TongkangBocor tag aku…so aku jawab je..hmm..bismillah..

5 hadiah yang diimpikan:

1) Lesen jadi wartawan

2) First class grade 

3) Kebebasan mutlak

4) Masa

5) Laptop apple

Kenapa aku impikan semua ini?Let’s check it out….

Ya..Allah kabulkanlah semua impianku ini. Samada atas usaha diriku sendiri atau dengan bantuan orang lain..

1) Lesen menjadi wartawan. Aku belajar kerana ilmu dan juga masa depan. Jadi tidak salah aku mengimpikan perkara ini. Aku mahu jadi wartawan yang boleh mendidik pembaca, memberi informasi, memujuk pembaca membuat keputusan yang betul, dan menghibur. Elemen-elemen yang perlu ada dalam diri seorang wartawan. Satu lagi aku nak dapatkan ‘tag’ MEDIA. Kalau pergi event ada tempat khas untuk golongan ini..huhu..

2) First class grade. Oh..tidak..aku tidak akan dapat, memandangkan hanya tinggal satu tahun bersamaan dua semester untuk aku menambahkan pointer. Semoga Allah memberikan aku hadiah istimewa ini..

3) Kebebasan mutlak. Aku tak bebas ke selama ini? sudah 50 tahun negara merdeka..kenapa aku tak bebas lagi. Bukan itu maksudku..meaning, sekarang ni aku terasa kekok sedikit untuk jadi diri aku. Dek kerana kongkongan atas nama ‘pelajar’..di’guard’ oleh mata-mata sinis yang memandang. Bukan aku ingin menjadi nakal dan dajal..cukup sekadar nak satisfy my needssss. Aku ni kategori baik tau..ehekss..(wuiekk)

4) Masa. Oh..aku telah ditelan hidup-hidup oleh masa. Aku nak kembali ke zaman kecilku. Aku mahu ubah semuanya menjadi gembira dan boleh diingat sebagai kenangan yang terindah. Aku mahu masa bersama keluarga ku. Abang dan kakak belum kahwin, adik-adik belum lagi berpisah(pergi belajar), aku duduk di rumah, mak dengan ayah tidak sibuk bekerja..macam dulu..duduk dalam rumah yang aman, bercerita dan berkongsi gelak tawa. Aku rindu semua tu. Sekarang ni semua dah tak dapat diulang lagi..so sad..(tunggu aku kawin jelah, dan bina keluarga sendiri..hihi).

5) laptop apple. Demand nye aku. Saja je mintak mana tau dapat…walaupun not so importan tapi satu keperluan. Ada dulu someone janji nak hadiah kan aku laptop, sampai sekarang tak nampak wire laptop pun..komputer buruk tu jugak banyak jasa ngan aku. Thanks pc..

5 impresi terhadap orang yang diminati

1) Gentleman. Ini penting. Aku mudah terperasan si ‘dia’ yang berperangai macam ni. Tapi aku lagi mudah terjumpa orang yang contra..haha..

2) Ada agama. Ini terpaling penting. Jangan dalam i.c jer ISLAM, tapi hidup sikit lagi jadi..paham jelah. Jangan lah alim sangat. Cukup sekadar lima waktu tak tinggal.

3) Ada matlamat hidup. Punya rancangan masa depan..ada wawasan. Dalam diari hidup dia semua yang menguntungkan. Terjamin masa depan.

4) Berpendidikan. Mudah untuk aku. Aku memerlukan ‘guru’ dalam kehidupan seharian. Takut terkeluar dari orbit kebenaran.

5) Pembersih. Ehemm..sang lelaki..susah sangat nak jumpa. Harap-harap dalam timbunan kaca itu ada lah permatanya walaupun dah pudar..haha..

Perkara yang paling hebat dilakukan terhadap anda

Orang lain menghargai aku sebagaimana sempurna aku dilahirkan. Menghormati aku kerana aku punya kehormatan, menyenangi aku walau di mana aku berada, menyayangi aku walau siapa aku. Itu doaku setiap kali usai solat. Dan perkara terhebat yang akan aku lakukan terhadap orang lain juga insyaAllah sebegitu. Tapi buat masa ini belum semua berhasil aku lakukan. Maaf semua..

5 ciptaan paling disukai

1) Udara. The most importan. Nanti mati katak macam kes pendatang mati dalam kontena.

2) Keluarga. The meaningfull given. Aku tak boleh hidup tanpa keluarga.

3) Hati. Aku suka sangat dengan hati aku, orang lain dan hati ayam. Ada pelbagai citrawarna..kalau gembira, hati itu juga, kalau sedih, hati yang satu itu juga, kalau kecewa hati nan satu itu juga. Kalau lapar hati ayamjadi pilihan..hihi..orang lain aku tak tahu pula.

4) Kawan. Hidup aku akan sunyi tanpa kawan. Aku juga akan mati kekeringan kalau tiada kawan.

5) Senyuman. Hidup aku akan ceria melihat senyuman orang lain. Menjadi satu semangat untuk aku.

5 perkara paling dibenci

1) Politik

2) Rasuah

3) PTPTN-hutang

4) Musuh

5) ada..tapi tak nak mention. Aku je tahu..

Aku nak tagged budak-budak sekelas..dan sesiapa yang berminat.

Perkara di atas adaptasi dari diri seoarang bernama aku..

Wassalam..