Salam semua…

Hari ini hari kedua aku praktikal di Radio 24, Bernama. Hari pertama juga aku pergi ikut senior cover news di Hotel Flamingo, Ampang. Press conference dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai majlis perasmian bengkel dasar perlindungan kanak-kanak dan pelan tindakan perlindungan kanak-kanak.

Alhamdulillah, aku berjaya mengharunginya..hehe..

Member-member lain pun sama ikut senior cover news.

Semalam balik dari kerja pukul 6.30 petang. Sampai rumah pukul 11.20. Macam nak patah kaki aku berjalan, berebut naik tren, berebut naik bas..emm..baru aku tahu macam ini hidup di bandaraya KL.

Sebelum balik kena bagi task untuk hari ini. Dan semalam juga aku risau sangat sampai tak lena tidur. Fikirkan apa aku patut buat. Cik Ayu(supervisor) suruh aku buat news juga tapi lain angel daripada senior aku. Tak ada idea nak buat apa..samapi jam ini au still tak buat lagi. Essan Yahya(senior reporter) bagi idea nak buat apa.

Macam ini..apa perlunya aku belajar selama ini. Inilah masanya untuk aku praktik apa yang pernah aku belajar secara teori dulu.

Hitung punya hitung, pejam-celik-pejam-celik mesti dah abis 1 bulan aku praktikal kat sini.

Okeylah..buat news dulu..choucincau..

Wassalam..