Lelaki ramai teman keliling pinggang hilang fokus kepada isteri

LONDON: Kebimbangan sekian lama golongan isteri disokong dengan hasil kajian baru yang membuktikan lelaki yang dikelilingi wanita penggoda boleh membuatkan cinta mereka kepada pasangan semakin pudar.

Menurut kajian, selepas menghabiskan masa dengan wanita yang bertindak seolah-olah mereka memang memerlukan perhatiannya, si lelaki akhirnya semakin kurang menghargai pasangan sendiri.

Ia juga menunjukkan, lelaki yang kerap dikelilingi wanita muda seperti pensyarah lebih berkemungkinan untuk bercerai berbanding lelaki yang tidak ada minat ke arah itu.

Pakar menunjukkan memang menjadi tuntutan biologi untuk berpasangan yang membuatkan lelaki melihat teman hidup kurang menarik selepas bertemu dengan wanita penggoda.

Penyelidik, Dr Sandeep Mishra, berkata: “Kejayaan tinggi reproduktif lelaki atau kecergasan biologi, bergantung kepada penemuan dan hubungan dengan ramai wanita.

“Sebaliknya, wanita mendapat lebih manfaat kerana memilih dan melihat kepada kualiti dalam perhubungan. Contohnya, seseorang wanita hanya menghasilkan seorang anak meskipun ada hubungan dengan beberapa lelaki pada satu masa.”

Kajian itu, yang dilakukan oleh Universiti McMaster di Ontario, Kanada, meminta sukarelawan lelaki dan wanita untuk melihat model pakaian dalam dan meletakkan nilai mereka dari segi daya tarikan manakala yang lain diminta memberi reaksi berdasarkan seni abstrak.

Mereka kemudian menilai pasangan masing-masing dari segi daya tarikan, kepandaian, kemesraan dan keinginan.

Kebanyakan lelaki yang melihat gambar model meletakkan pasangan mereka jauh lebih rendah berbanding sukarelawan yang ditunjukkan dengan seni abstrak. Sementara wanita tidak terjejas dengan gambar itu.

Sukarelawan kemudian ditunjukkan rakaman video anggota berlainan jantina ditemubual, dengan sebahagian penemubual diminta bertindak menggoda, dan diminta menilai daya tarikan mereka.

Lelaki menilai wanita penggoda pada tahap amat tinggi manakala wanita sekali lagi terbukti tidak menunjukkan sebarang kesan dengan tindak tanduk penemubual.

Dr Mishra, yang kajiannya disiarkan dalam jurnal ‘Evolution And Human Behaviour’, berkata: “Lelaki pada asasnya sukakan gadis menarik yang berminat kepada mereka dari segi seksual, dan wanita selalunya tertarik kepada lelaki yang mempunyai sumber material.

“Apa yang ‘semula jadi’ dari segi biologi, tidak semestinya apa itu ‘moral’ atau ‘baik’. Seseorang mesti sedar hakikat yang ia bukan kecenderungan luar biasa.” Agensi & Berita Harian Online

Bagi lelaki diluar sana, adakah anda termasuk dalam golongan ini?tepuk dada tanya hati.

wassalam..