Salam semua..

 

Uhhh..cemburu mendengar cerita dari mulut teman-teman yang praktikal di utusan. Terasa seronok. Terasa ingin saja aku turuti jejak mereka di sana.

 

Aku masih di sini.

 

Di pejabat. Tak tahu apa harus aku buat. Duduk merenung bumbung pejabat yang beku pabila bosan melayari internet. Bosan melihat bumbung yang bisu, aku beralih menghadap muka-muka orang yang berada di bilik yang ku kira kecil ini.

 

Bermuka selamba, ada yang serius menumpukan perhatian ke skrin komputer, ada yang asyik menaip sehinggakan kurasa papan komputer akan patah dengan tujahan-tujahan jari kasar mereka. Ada yang asyik buat panggilan.

 

Aku mulai bosan. Bosan yang teramat.

 

Buat skrip? dah siap. Cuma tinggal nak edit soundbyte orang yang aku temubual. Tapi ada masalah teknikal yang aku hadapi.

 

Buat skrip? dah siap. Cuma tinggal nak edit soundbyte orang yang aku temubual. Tapi ada masalah teknikal yang aku hadapi.

 

Tolonglah aku.

 

Aku lebih rela menyibukkan diri di luar sana, daripada duduk menghadap komputer dan orang-orang yang berada di sini.

 

Tak ada penyelesaian dan jawapan. Aku dalam dilemma.

 

Wassalam..