Salam semua..

Tahu dan kenalkah anda dengan tokoh sejarah Haji Abdullah Hukum?

Pasti, ramai yang tidak tahu siapa tokoh yang pernah berjasa kepada Selangor dan Kuala Lumpur ini. Hatta, saya sendiri tidak mengetahuinya. Padahal dahulu matapelajaran sejarah adalah subjek kegemaran. Tapi bukan salah saya, ini kerana dalam buku sejarah sekolah tidak ada disebut.

Tapi, baru-baru ini saya diberi tugas untuk membuat kajian mengenai Kampung Haji Abdullah Hukum yang terletak di Bangsar.

Sedikit sebanyak saya kenal dan tahu siapa Abdullah Hukum, yang namanya dipinjam dan diguna pakai disalah sebuah stesen LRT.

Alhamdulillah, setelah berjumpa dengan cucu Abdullah sejarah kampung setinggan Abdullah Hukum yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur terbongkar.

Cucu beliau, Muhammad Amir yang kini sudah berumur 77 tahun, masih kelihatan sihat dan masih kuat pendengaran sungguh mengujakan saya. Tidak sangka saya boleh berjumpa dengan waris tokoh ini.

Nanti saya lampirkan salinan skrip yang dibuat untuk dokumentari pendek radio. Semoga dengan adanya skrip ini dapat membantu anak-anak muda kita tahu sejarah kewujudan Kampung Haji Abdullah Hukum, yang kini telah digantikan dengan Apartment Abdullah Hukum. Skrip ini telah diubah formatnya untuk pembacaan.

Okey..selamat membaca..

Wassalam..