Salam semua..

Kelmarin aku buat voxpox atau dalam bahasa melayunya pendapat umum mengenai kenaikan harga petrol dan diesel untuk berita radio. so, aku dan rakan-rakan mesti ambil soundbyte mereka semua.

Alhamdulillah, ramai yang bagi kerjasama, tapi kebanyakan kaum adam. Kaum hawa? entah la. Pelbagai ragam dapat kami saksikan. Ada yang langsung tidak pandang kami,ada yang cuba melarikan diri, ada yang memberi pelbagai alasan. Uhhh..letih beb nak cari orang yang boleh ditemubual.

Petang 04 jun, kecoh satu pejabat dengan pengumuman Abdullah Badawi mengenai harga minyak. Dijangka bulan Ogos, alih-alih bulan Jun. Ketua operasi radio pun turun padang. Yang lucunya ada wartawan yang interview tv..means dia ambik soundbyte Abdullah dari tv…time tu Pak Lah tengah bercakap, dan mic betul-betul dihadapanya..hihi..

Rata-rata responden yang kami temubual tidak setuju. Tapi yang peliknya ada seorang makcik yang ku kira sudah berumur dalam 50-an, dari segi personaliti pula seakan nampak kekampungan dan mula-mula nak temubual hati aku mengatakan dia tidak akan dapat beri pendapat. Sungguh aku terkejut dia berkata dia setuju dengan kenaikan harga minyak. Biarpun dia terbeban kerana dia seorang peniaga.

Dia berkata lagi dengan kenaikan harga minyak akan berkait rapat dengan semua perkara seharian. Beliau mengatakan kerajaan hari ini bijak. Ada agenda tersembunyi. Harga minyak naik, membuatkan rakyat Malaysia rajin berusaha untuk menambah pendapatan. Juga, akan menjadikan rakyat Malaysia bekerja keras.

Uhh..aku terkejut. Sebelum ini ramai orang naik angin. Tapi pelik, mak cik seorang ini begitu tenang. Baravo makcik..tabik spring aku..biarpun dah tua tapi ada vision.

Jadi mulai hari ini berusahalah untuk menambahkan pendapatan untuk peruntukan membeli minyak petrol dan diesel erk..jom kita berusaha..biar kerajaan ketawa makan hasil rakyat yang rajin.