Salam semua..

Berita dalam Kosmo! hari ini sungguh mengejutkan. Dua orang pelajar menjahit mulut sebagai protes kenaikan harga minyak di Jakarta.

Di Malaysia hari ini isu kenaikan harga minyak menjadi satu agenda yang hangat diperbincangakan. Walaupun majoriti rakyat tidak bersetuju tapi orang Malaysia masih waras dalam berfikir. Cuma beberapa hari yang lalu ada pergaduhan berlaku disebabkan kenaikan harga minyak. Tapi bagi saya pergaduhan itu bukan disebabkan minyak tapi mulut celupar yang tidak beralas.

Tapi di Jakarta, dua orang pelajar menjahit mulut mereka kerana memprotes kenaikan bahan ini. Masalahnya, adakah berbaloi mereka berbuat demikian. Serasa saya pihak kerajaan Indonesia tidak akan beralah kerana hal ini.

Hmm..sia-sia sahaja berbuat demikian. Tetapi kadang-kadang kita berbuat sesuatu itu untuk kepuasan diri sendiri biarpun orang lain menganggap sesuatu itu tidak bermanfaat.

Kalian semua bagaimana? Sanggupkah menjahit mulut sendiri sebagai protes kenaikan harga minyak? atau sanggupkah anda mogok lapar supaya kerajaan Malaysia menurunkan kembali harga minyak? Tidak perlu bersusah payah, menderita kerana hal ini, apa yang telah dibuat adalah keputusan muktamad kerajaan. Hushh..tidak perlu buat sesuatu yang merugikan..

Wassalam..