Salam semua…

Bersamaan 10 Jun, iaitu kelmarin adalah hari lahir ayah ku. Ooo..oleh kerana dihambat kesibukan yang tidaklah melampau dan terlampau, aku telah melupai hari bermakna ini. Sungguh kejam. Lantas hari ini bila  baca satu entri dalam blog yang aku lawat, yang bertajuk ‘happy birthday mak’ automatik otak berputar 360 darjah.

Kalau tahun-tahun sebelum ini, malam 9 Jun aku akan menelefon beliau dan mengucapakn selamat hari lahir. Tapi tidak kelmarin. Melampaukah aku?

Lebih kejam lagi, dalam bulan Mei dan Jun ini juga aku telah TERlupa juga tarikh lahir abang sulung, 3 Jun, birthday k.ipar 20 Mei yang lalu bersamaan anniversary perkahwinan mereka. Uhuk..

Dalam perhitungan diri sendiri, semenjak pratikal ini, aku semakin lupa kepada perkara yang sebegitu penting, bagiku. Selama ini bila sahaja hari lahirku, samada parent atau adik-beradik aku tidak pernah lupa. Untuk mengelak aku TERMISS tarikh lahir ahli keluargaku, aku telah tulis kesemuanya dalam dairi, tapi sejak kebelakangan ini aku tidak berkesempatan nak update dairi tu, itu menyebabkan aku terlupa.  

Bila fikir secara lojik, ini belum aku bekerja sepenuh masa atau sudah berumah tangga. Perkara semudah ini aku terlepas untuk mengingatinya. Anak apalah aku ini?

Apa-apa pun ‘SELAMAT HARI LAHIR, PA’..biarpun aku tahu, dia tak pernah baca blog ini, tapi yang penting aku telah mengakui kesilapan sendiri.

Mesti ramai yang kata masalah aku bukan sebesar masalah kenaikan harga petrol dan diesel. Tapi bagi diri aku, keluarga adalah lebih penting daripada masalah negara. Biar miskin duit atau harta, yang penting kaya kasih sayang dalam keluarga. Biar apa orang nak kata…

Wassalam..