Salam semua

Dua hari tidak bekerja sungguh mengembirakan aku.

Malam hari jumaat yang lalu aku sanggup balik dari office kul 3.30 pagi nak siapkan kerja completely semata-mata tak nak datang weekend. Aku ada plan lain, nak balik kajang. Hantar adik aku pergi airport, dia nak balik Sabah.

Kat rumah, hati berdebar-debar sambil mengikuti rancangan Radio24. Aku nak dengar rancangan ‘Santai Famili’, content rancangan ni aku yang susun. Dalam rancangan ni aku yang cari contact person nak wat kejutan untuk ayah-ayah mereka sempena hari ayah ni.

Aku dengar dan alhamdulillah semua berjalan lancar. Sebab sebelum balik, content editor suruh aku buat betul-betul. Jangan sampai salah contact. Tertukar anak dan ayah. Perkara itu yang paling aku takuti.

Tapi, anchor yang bertugas menjalankan tugas dia dengan sebaiknya.

Tapi paling aku gembira, bila aku dengar radio tu bersama-sama ahli keluarga aku. Sebab orang yang nak kami surprise kan tu termasuklah ‘abang ipar akak aku’. Anak-anak dia nak bagi surprise untuk ayah diorang. Aku yang aturkan semuanya.

Masa ‘abang long’ akak aku on air, aku terharu sangat. Sebab dia pun rasa sebak bila dengar anak-anak dia wish. Huhu..aku tahan-tahan air mata sahaja. Terus teringat kat ayah aku kat Sabah.

Hmm..aku sudah buat perkara yang terbaik. Aku dapat membuatkan ‘ayah-ayah’ ini terharu…perkara paling terbaik pernah aku buat sepanjang praktikla ni.

Wassalam..