Salam Semua..

Lama benar aku tidak mengaktifkan isi kandungan blog ni. Bercuti? Ya, aku bercuti merehatkan badan dan minda selepas sebulan ber ‘praktikal’. Sebenarnya bosan juga duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti selain makan, tidur, menonton tv, tidur, makan, menonton tv dan aktiviti ini diulang-ulang selama 2minggu.  Hanya ditemani adik aku nan sorang itu. Tapi yang lebih membosankan adik nan sorang itu terlalu pendiam. Tidak banyak yang dia ‘perlu’ bualkan dengan ku. Dia lebih selesa menekan punat hanset, berbual dengan member di seberang sana.

Ini menjadikan aku seorang yang pasif, pendiam, suka termenung. Huhu..itulah adik perempuan bongsu aku telah lakukan padaku. Kalau mood dia OK, baru dia bercakap, kalau mood dia KO, alamatnya sama macam aku duduk dengan patung bernyawa. Aku sungguh tertekan. Tapi aku dah faham perangai dia macam tu, pendiam sikit. Apa boleh buat. Mungkin keramahan yang ada pada dirinya telah aku ambil?..aku ni terover suka cakap. Semua benda boleh dijadikan isu. Mungkin..

Hmmm..panjang bebelan aku. Selama duduk di rumah tiada satu ‘hapa’ pun penghasilan yang aku dapat. Hanya satu..’kenaikan berat badan kepada 3kg’. Satu peningkatan. Aku berjaya lakukannya. Sebelum ini berat badan aku tak pernah naik, tapi hakikatnya pada cuti semester ni aku telah berjaya. So, impressive right? (patut ke dibanggakan?)

Ha..nia ada lagi satu yang menjadi fikiran aku bercelaru. Setiap hari buka saja mata dari tidur automatik otak aku ligat berputar fikirkan result. Cepat je tayangan skrin otak aku memaparkan slip. Terawang-awang. Tapi masalahnya angka-angka dalam slip tu tidak pula aku nampak. Ini membuatkan aku selalu termenung, susah hati. Sehinggakan tidur aku bertemankan mimpi-mimpi indah. Dalam mimipi aku kerap kali ditayangkan keputusan yang menarik, tinggi, bergaya dan boleh dibanggakan. Tapi itu hanya mimpi sayang. Lebih-lebih lagi aku selalu tafsirkan mimipi aku sendiri. Macam ini, selalunya mimpi aku yang baik itu akan sebaliknya menjadi buruk. Dan mimpi buruk itu akan menjadi baik. SO? Logik ke tidak?

Tapi penantian aku finally..akhirnya..aku dikecewakan..huhu..targeting is out!!!!!

Target untuk aku dapat DEAN LIST sem ini terlebur. Aku hanya dapat berbangga sebab kenaikan pointer dari sem sebelum ini. Tak tahu bersyukur ke aku?..syukur ALHAMDULIlLAH. Result aku tidak lah seteruk mana. Cuma, hanya tinggal berapa point saja lagi aku mencapai sasaran.  

Tahniah kepada kawan-kawan lain yang dapat mengharumkan nama course kita. Aku salute korang. Tabik spring..toing..toing..

Hmmm…when you will learn ieda? Apa yang aku dapat fikir sejurus aku selesai buat entri ni.

Wassalam.