Salam semua..

Hari ini hari terakhir pelajar tahun akhir hantar tajuk tesis. Aku? buat masa ini belum ada. Terlalu berat untuk aku membuat keputusan. Ya Allah! tolong lah hamba mu ini.

Aku takut untuk membuat final decision. Sebab ini menentukan masa depan aku. Huargh..aku buntu..

Sesiapa yang ada cadangan nak bantu, amat dialu-alukan. Aku nak cari tajuk tesis yang bersangkut paut dengan jurusan aku. Kewartawanan.

Ramai kawan-kawan cakap jurusan ni luas. Terlalu luas untuk cari topik. Terlalu luas itu yang membuatkan aku tak dapat berfikir.

Tolong. Kepada sesiapa yang arif tentang bidang ini berilah idea. Kepada sesiapa yang ingin mencadangkan aku alu-alukan juga. Terima kasih.

Aku berharap.

Wassalam..