Salam semua…

Hari ini awal-awal pagi (seawal 8.15 pagi) lagi aku dan pelajar-pelajar lain dikejutkan dengan kuiz. Bukan salah pensyarah nak adakan kuiz. Tapi salah kami yang bergelar student sebab tak menyemak dan membaca course outline yang telah ‘dikurniakan’ di awal kuliah dahulu.

Tertera trang-tang-tang kat course outline tu Week 2…Quiz of the day, base on newspapers reporting of the week. Macam senang kan?. Tapi yang paling hampeh dan mengharubirukan hidup, dalam minggu ini aku tak beli surat khabar hatta satu pun. Apatah lagi buka online newspaper. Padahal internet server ada kat depan mata. Berita yang aku tahu dalam minggu ni hanya berita mengenai Anwar Ibrahim, pemenang Miss Universe dari Venezuela, Pegawai imegrisen yang didakwa dan Hadi Awang masuk sepital. Hanya itu beb.Memang spesis pemalas dan tak tahu menggunakan masa yang bernilai. Itulah aku.

Jadi apa yang terjadi hari ini, aku dengan kelam-kalibutnya membuka online newspaper. Pucat. Saat ini paling membecikan dan memualkan. Saat aku perlukan internet servis, masa itulah ada gangguan kelembapan servis. Aku try cari mana-mana online news ..jawapannya cannot find…huh..hangin satu kepala.

Tapi alhamdulillah, pensyarah kita orang ni ada konsis(budi bicara). Dia hanya mengeluarkan berita hari ini. Dan alhamdulillah juga kawan-kawan ramai membantu(w/pun quiz tapi cm discusion session..hihi..).

Itu peristiwa pertama berlaku. Yang keduanya, hari ini dah dikeluarkan memo mengenai projek ilmiah(thesis) kami beserta SUPERVISOR.

Alhamdulillah, aku dapat penyelia pertama yang aku isi dalam kolum pilihan penyelia teratas. 

Peristiwa ketiga.

Majalah. Semua dah selesai. Nama, tema, content, kolum, tagline. Semua dah selesai..yeh!Oppsss..belum lagi guys. Majalah keluaran pertama ni belum ada isi kandungan lagi. Tak tahulah bila akan bergerak team ni. Tunggu. Dan untuk Cik Editor, Cik Nurhafizah, semoga menjadi ketua editor yang sukses dan berdedikasi kepada anak buah ya. Support you!

Hari ini juga aku baca berita dalam Berita Harian Online dalam Macam-Macam. Mengenai seorang lelaki yang mempunyai hobi yang pelik. Beliau suka menghadiri majlis pengebumian. Mengikut laporan akhbar ni Encik Mijo Tkalcec (si Beliau kat atas) mendakwa telah menghadiri sekurang-kurangnya 2000 pengebumian. Banyak wooo. Seingatlah, aku dah berumur 23 tahun (nak masuk 24 daaa) tapi tak pernah pun pergi majlis pengebumian. Dan paling mengujakan, aku baru menapak di tanah perkuburan hanya 2 kali sahaja seumur hidupku ini. Itulah aku.

Sekian untuk hari ini.

P/S: saja je nak kongsi dengan korang. kalau nak baca, silakan. kalau bosan tinggalkan…hihihuhu..a freedom of expression kata Rocky Bru.

Wassalam